‘ROAD Show Gerakan Anti Penyelewengan Selangor’ (GAPS) semakin hebat. Penyokong Anwar semakin kecut perut dengan apa yang didedahkan oleh para penceramah jemputan gerakan berkenaan. Mereka yang memberikan penerangan ke seluruh pelusuk Selangor bukannya calang-calang orang.
Ya! Siapa lagi kalau bukan YB Datuk Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kumlim Bandar Baru yang dahulunya ahli Pas tetapi bertanding pada PRU 2008 atas tiket PKR dengan kehendak Anwar Ibrahim, kerana beliau adalah salah seorang barisan peguambela Anwar dalam kes liwat pertama.
Baru-baru ini, tepatnya pada 11 Oktober lalu, YB Zul dalam siri ceramahnya di Parit Serong, Tanjong Karang berkata: “Apa berlaku dalam lif? Rahsia… nanti ada masa kita dedahkan.. kalau dia (Anwar) cakap banyak lah..”
“Saya ni (bekas) lawyer dia (Anwar)... Memang lawyer ni ada batasan...’ Ada benda kita tak boleh cakap... Tapi kalau kurang ajar sangat, saya akan cakap, saya peduli apa...” katanya.
Katanya, beliau tahu apa kejadian yang berlaku di antara Anwar dengan Wan Azizah Wan Ismail dalam lif di Hotel Quality dan dalam bilik hotel tersebut.
“Reaksi Anwar Ibrahim menunjukkan orang yang takut... Masuk dalam bilik kelam kabut... Meracau... Cakap tak tentu arah...
“Kemudian saya tengok, panggil pula Rahimi suruh buat surat sumpah palsu... Panggil pula si Rashid, suruh buat surat sumpah palsu...
“Kalau betul (tidak buat) kenapa takut? Sampai lari... Nak buat surat sumpah palsu... Saya jadi ragu-ragu..”, katanya.
Kisah ini telah banyak kali didedahkan oleh Datuk Zul dalam ceramah-ceramahnya mengenai kes liwat Anwar-Saiful. Bukan sahaja dalam ceramah, dalam tulisannya juga beliau ada sebutkan.
Bagaimanapun, apa yang berlaku antara Anwar dan Wan Azizah di dalam lif yang mana YB Zul ada sama, masih dirahsiakannya. Kalau itu adalah kerana etika kepeguamannya, maka kita semua tak mampu nak desak beliau untuk dedahkan.
Yang penting ada sesuatu berlaku antara kedua suami isteri itu pada hari di mana Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa bontotnya ditoron oleh bossnya – Anwar Ibrahim.
Yang peliknya, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, para juak-juak PKR tak berani cabar kenyataan YB Zulkifli itu. Dari dulu sampai kini dok senyap.... Bisu dan terkedu... Malahan peguam Karpal Singh yang jadi ketua peguambela Anwar pun tak bersuara mengenai isu itu...
Tarikhnya 26 Jun 2008.
Menyebut peristiwa pada tarikh itu Datuk Zulkifli berkata: “Bila datang 26 Jun 2008… itulah tarikh berlakunya perubahan... apa berlaku pada 26 Jun?
“Saiful Bukhari buat laporan polis menyatakan dia diliwat oleh Anwar Ibrahim... Itulah permulaan kepada ramai di dalam PKR khususnya, mempersoalkan Anwar Ibrahim... Antaranya saya, sebab saya antara yang paling rapat (dengan Anwar)”.
Menurutnya, beliau berada di Hotel Quality bersama Anwar Ibrahim pada 28 Jun 2008 ketika bekas pembantu Ketua Umum PKR, Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis diliwat.
“Saya duduk sebelah dia (Anwar)... Tiba-tiba handphone (Anwar) berbunyi... Dia suruh saya ambil baca... Saya baca mesej yang ada... Apa ni mesej ni... ’The boy has lodged the report’.
“Bila saya baca saja mesej tu, saya nampak serta merta muka Anwar berubah… Pucat... Terus dia ambil telefon... Kelam kabut panggil Wan Azizah... Terus pergi ke lif... Saya ikut.
“Apa berlaku dalam lif? Rahsia… nanti ada masa kita dedahkan.. kalau dia (Anwar) cakap banyak lah...
Bagaimanapun, persoalannya ialah kenapa Anwar dan juak-juak PKR tak berani cabar YB Zul atau saman beliau dengan tuduhan memfitnah?
- Bersumber dari AIDC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan