AHLI Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin bersedia menyahut cabaran Prof. Aziz Bari untuk berdebatnya berkaitan dengan isu kuasa Raja atau Kuasa Sultan Selangor berkaitan hal ehwal Islam dari segi perlembagaan.
“Saya bersedia berdebat dengan dia, di mana sahaja yang dia hendak, di hadapan pelajar dia di UIA pun boleh dan kalau dia nak panggil pengikut dia ramai-ramai pun tidak ada masalah.
“Cuma satu sahaja yang perlu beliau lakukan sebelum kita adakan debat itu, iaitu dia perlu minta maaf dulu dengan Sultan Selangor sebab majoriti berpendapat bahawa tindakan dia mempertikai titah Sultan Selangor adalah biadap dan kurang ajar,” katanya kepada UMNO-Online di Lobi Parlimen, Isnin.
Beliau teguh dengan pendiriannya bahawa kenyataan Aziz yang mempertikai titah Sultan Selangor sebagai biadap dan kurang ajar bercanggah dengan kedudukan profesionnya sebagai seorang pensyarah.
“Saya juga mengulangi cabaran saya agar Aziz Bari meletakkan jawatan. Saya akan gunakan peluang dalam bahas tersebut untuk menunjukkan kepada rakyat siapa sebenarnya Aziz Bari ini.
“Zaman dia pada tahun 70-an dulu, siapa dia? Buku-buku terbitan dia, siapa yang terbitkan? Peranan dia dalam kerajaan Selangor sekarang, ini rakyat tidak tahu. Dia memakai jubah pensyarah UIA, bagi saya ianya satu penghinaan kepada dunia akademik untuk ada orang seperti Aziz Bari ini,” ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, Zulkifli minta Aziz menceburi bidang politik, sebab dia menuduh Sultan Selangor memihak sedangkan dia yang selalu mengambil pendekatan memihak.
“Saya telah beberapa kali berforum dengan dia, malah sudah beberapa kali saya menegur dia, kalau nak berpolitik berpolitiklah betul-betul. Salah satu contoh yang terbaik yang saya boleh tunjuk, apa kena mengena kedudukan dia sebagai pensyarah akademik Fakulti Undang-Undang untuk mempersoalkan Pemilihan Pas, tidak ada kena menggena langsung.
“Dia mempertikaikan kedudukan Presiden Pas, Haji Hadi dengan mendakwa Haji Hadi tidak layak langsung untuk menjadi Presiden Pas dan dia bagi sebab kerana Haji Hadi (dia tuduh Haji Hadi) sebagai penghalang cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Apa kena menggena dengan kedudukan dia sebagai pensyarah Fakulti Undang-Undang?”, soalnya.
Tegas beliau, tidak ada masalah kalau Aziz Bari mahu berpolitik malah ramai pensyarah di UIA malah di universiti-universiti lain, pensyarah-pensyarah menyokong pembangkang.
“Itu tak jadi masalah, tetapi jangan terlibat dengan politik kepartian. Ini sudah melangkau kedudukan dia sebagai ahli akademik”, katanya.
Beliau juga mencabar Aziz Bari untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, malah kalau Aziz mahu bertanding di Kulim Bandar Baharu pun tidak menjadi masalah.
“Nak bertanding atas parti apa pun tak kisah. DAP boleh, PKR boleh itupun kalau mereka nak terima, kalau tak buka parti ‘tupperware’ pun boleh. Saya bersedia, malah saya juga bersedia menyahut cabaran dia untuk berdebat, cuma satu syaratnya, dia kena minta maaf dengan Tuanku Sultan Selangor dulu di atas kebiadapan dan kurang ajar dia.
“Ini kerana saya tidak mahu ‘kaum Anwarinas’ yang bising-bising kat blog, kat intenet yang kata saya tak berani berdebat dengan Aziz Bari. Saya tidak ada masalah dengan Aziz Bari ini,” tambahnya.
-MediaUMNO
SATU MELAYU:
Zulkifli Nordin dah sahut cabaran....
Aziz Bari bagaimana?
Ini tak ada masalah kerana Melayu sama Melayu berdebat kerana masalah taat setia kepada Raja Melayu.
Kalau ikutkan Rukun Negara, kesetiaan kepada Raja menjadi salah satu rukun....
Lagipun kita boleh lihat siapa yang lebih hebat antara seorang peguam dengan seorang Prof. Pakar Perlembagaan.
Kalau dapat yang akan jadi pengerusinya nanti biarlag Dr. Rais Yatim.
Baru ada umphhh...
Lagipun kita boleh lihat siapa yang lebih hebat antara seorang peguam dengan seorang Prof. Pakar Perlembagaan.
Kalau dapat yang akan jadi pengerusinya nanti biarlag Dr. Rais Yatim.
Baru ada umphhh...
Selain itu Anwar Ibrahim atau Hadi Awang atau karpal Singh patut nyatakan kesediaan mencalonkan Aziz Bari bertanding pada PRU-13 di Kulim Bandar Baru atas tiket sama ada PKR, PAS atau DAP.
Baru ada umphhhh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan