Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 20 Oktober 2011

Kakitangan KTMB Bertugas Dengan Al Mashaer Ditambah Sekali Ganda

JUMLAH kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dipinjamkan bertugas dengan Al Mashaer Al Mugaddassah Metro ditambah lebih sekali ganda dari 62 kepada 144 orang tahun ini hasil prestasi baik mereka tahun lalu.

Perunding projek kereta api Metro Mekah itu, Dr Sara Cheung memuji sumbangan kakitangan KTMB yang katanya sangat berpengalaman, kuat bekerja dan bersemangat tinggi, mudah berkomunakasi serta merendah diri.

Selepas kejayaan kerjasama kedua-dua pihak di antara KTMB dengan kumpulan syarikat diterajui China Railway Construction Corp (CRCC) tahun lepas, beliau berkata KTMB bersetuju menambah kakitangannya berkhidmat dengan metro yang beroperasi sepenuhnya tahun ini.

"Perkhidmatan metro ini sangat unik kerana ia membawa jumlah penumpang yang begitu ramai dalam masa singkat dengan demikian memerlukan kakitangan pengendali yang sangat berpengalaman," kata Cheung kepada pasukan media Tabung Haji di majlis tamat latihan kakitangan Metro di Universiti Umm Al Qura di Mekah, Rabu.

Tahun lalu projek berharga US$1.73 bilion (RM5.4 bilion) itu dikenali Metro Mekah hanya sepertiga beroperasi membawa dua juta penumpang, manakala tahun ini dijangka mengangkut kira-kira lima juta penumpang.

Projek sejauh 18.1 km itu dibina oleh kumpulan syarikat dipimpin oleh CRCC mempunyai sembilan stesen bermula dari Arafat berakhir di Jamrat dan beroperasi hanya selama tujuh hari setahun.

Cheung berkata oleh kerana membabitkan jumlah penumpang yang begitu ramai, perhatian bukan sahaja diberi terhadap peralatan dan pengurusan stesen semata-mata tetapi lebih penting terhadap kawalan ke atas orang ramai.

Beliau mengharapkan kerjasama selanjutnya daripada pihak KTMB untuk memberi sokongan terhadap perkhidmatan metro tersebut.

Sementara itu Pengarah Projek Metro Mekah bagi pihak CRCC, Sam Hao berkata cabaran utama ialah dalam mengawal himpunan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tren terutama sekali mereka yang tidak berpengalaman. Menjaga keselamatan serta petugas metro hendaklah lebih bersabar.

Tanggung Jawab Latih 4,000 Petugas Mecca Metro Cukup Mencabar, Kata Petugas KTMB

USAHA melatih kira-kira 4,000 petugas dari kalangan pemuda Arab dalam bidang pengurusan stesen keretapi metro adalah satu tanggungjawab yang cukup mencabar, kata tenaga pengajar dari Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Musa Abdul Rahman.

Ini kerana katanya, beliau dan rakan setugas yang lain berdepan dengan pelbagai halangan termasuk bahasa, selain tempoh masa latihan yang terhad.

Beliau dan empat lagi warga KTMB adalah antara 20 tenaga pengajar dari pelbagai negara yang bertanggungjawab menyediakan 4,000 tenaga kerja untuk bertugas di sembilan stesen Metro Al Mashaer Al Mugaddasseh Southern Line di Mekah.

Musa berkata walaupun rata-rata pemuda Arab berkenaan tidak fasih berbahasa Inggeris, mereka tekun belajar dan bekerja keras bagi mempersiapkan diri untuk bekerja menjelang tiba hari wukuf nanti.

Antara yang diajar ialah kaedah mengawal orang ramai, prosedur keselamatan, komunikasi, pengurusan stesen dan juga bahasa Inggeris, katanya ketika ditemui kumpulan media Tabung Haji di majlis graduasi petugas Metro itu di Universiti Uum Al Qura, Rabu malam.

"Kelas biasanya bermula pada sebelah petang dan berlarutan sehingga ke pukul 12 tengah malam atau 1 pagi, dengan tiap satu kelas membabitkan antara 90 dan 100 pelajar, ia memang satu pengalaman yang mencabar namun tetap menyeronokkan," katanya.

Beliau berkata walaupun keretapi itu beroperasi hanya tujuh hari setahun, ia memerlukan kepakaran pengendalian paling sempurna memandangkan ia membabitkan jumlah penumpang yang teramat ramai, dalam tempoh yang cukup terhad.

Terdahulu pada sebelah petang kumpulan media bersama Ketua Rombongan Haji Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman dan beberapa pegawai Tabung Haji dibawa menaiki tren itu untuk meninjau perkhidmatannya.

Pengurus stesen Mohammad Burhanuddin Ismail dari KTMB dalam taklimatnya kepada kumpulan itu, berkata KTMB amat berbangga diberi kepercayaan untuk menunjukkan kepakaran mereka dalam pengurusan stesen keretapi di tanah suci.

Katanya perjalanan sejauh 18.5 kilometer melalui sembilan stesen itu mengambil masa kira-kira 18 minit.

- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Alhandulillah, demikianlah sumbangan kerajaan dan rakyat kita terhadap perkhidmatan Mekah Metro demi keselesaan dan kemudahan jemaah haji di tanah suci Mekah, Arafat, Mudzalifah dan Jamrat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog