BIASALAH! Di negara kita ni bila dah terantuk baru terngadah. Itu pun kekadang sampai dah sangat serius baru nak bertindak. Lambat dan terlalu banyak karenah. Pihak berwajib yang berkaitan sesuatu isu saling lepas tangan. Masing-masing salahkan yang lain.
Susah sangatkah nak tutup kolej swasta yang lakukan kesalahan membawa masuk warga Afrika yang buat onar dan menjadi penjenayah di negara ini? Yang kita boleh dengar hanyalah amaran! Amaran! Dan amaran!. Kalau setakat amaran sahaja tak ada siapa yang takut.
Agaknya bila isu ini jadi isu politik yang boleh menggugat BN barulah pihak berkuasa yang berwajib nak ambil tindakan.
Takkanlah masalah semudah itupun nak tunggu Datuk Seri Najib yang buat kerja? Para pegawai dan kakitangan berpangkat tinggi yang ada buat apa?
Itu pasallah DAP kata kakitangan kerajaan makan gaji buta. Cukup tahun mahu bonus...
Isu warga Afrika meruncing
PELAJAR warga Afrika berjalan dekat sebuah kolej swasta di Nilai, Negeri Sembilan, semalam.
* Masalah jenayah dan sosial yang ditimbulkan warga Afrika di negara ini bukanlah sesuatu yang baru malah kini semakin meruncing dan memerlukan tindakan drastik kerajaan untuk mengatasinya.
* Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebahagian besar warga Afrika khususnya yang terlibat dalam jenayah komersial dan narkotik yang ditahan adalah pelajar kolej swasta.
* Statistik imigresen menunjukkan 29,000 pelajar warga Afrika berdaftar secara sah di kolej-kolej swasta di seluruh negara namun jumlahnya disyaki berlipat kali ganda jika mengambilkira mereka yang tinggal melebihi masa.
* Setakat ini masalah kebanjiran warga Afrika yang melibatkan bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab terhadap kemasukan pelajar manakala Jabatan Imigresen mengeluarkan pelekat pas pelajar, dilihat masih gagal dikawal.
- UtusanOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan