Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 16 Mac 2011

Ummi Hafilda tidak gentar pendedahan Beginda Minda, “Demi Allah, demi Rasul semua itu tidak pernah berlaku.”


SAKSI utama kes liwat Anwar Ibrahim pada 1998 iaitu Ummi Hafilda Ali memberitahu, dia tidak gentar sekiranya Beginda Minda yang mendakwa dirinya sebagai bekas rakan niaga wanita itu, ingin mendedahkan 'skandal' masa lalunya.

Menurut Ummi Hafilda, dia hanya mengetahui Beginda Minda sebagai seorang pemandu kepada seorang wakil rakyat Kapit, Datuk Sng Chee Hua dan tidak pernah mengenalinya secara peribadi, malah jauh sekali untuk mempunyai hubungan dengannya.

"Saya tidak takut kerana tidak pernah berurusan bahkan tiada satu surat pun yang mengaitkan saya dengannya. Demi Allah demi Rasul, semua itu tidak pernah berlaku.

"Ini sudah melampau kerana jika benar kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Beginda Minda, saya akan menggunakan peruntukan undang-undang untuk polis menyiasat perkara itu kerana ia merupakan satu jenayah fitnah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda mengulas mengenai laporan sebuah berita portal propembangkang hari ini mengenai Beginda yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan 'skandal' wanita itu pada masa lalu.

Beginda Minda yang mengaku dirinya sebagai rakan niaga Ummi Hafilda untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut mendakwa wanita tersebut mempunyai skandal dengannya di London.

Selain itu, Beginda Minda turut mendakwa Ummi Hafilda telah membuat satu perjanjian dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin supaya berbohong di kandang saksi sewaktu perbicaraan kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkannya diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA bernilai berbilion ringgit.

Namun begitu, Beginda Minda mendakwa Ummi Hafilda telah ditipu Daim sehingga menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa 'menjaja' isu liwat melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda menyifatkan Beginda Minda sememangnya orang upahan Anwar dan perbuatan memfitnahnya itu adalah tuduhan tidak berasas.
- Utusan

SATU MELAYU:
Jangan takut Ummi, sebahagian besar rakyat berada di belakang anda sekiranya anda di pihak yang benar.
Beginda Minda tu hanya orang upahan yang begaikan terpaksa diwujudkan oleh Anwar-Azmin-Shamsidar bagi menentang apa yang anda dedahkan sekarang ini.

Tidak syak lagi tindakan menggunakan orang upahan itu dibuat kerana kemarahan Anwar Ibrahim terhadap anda ketika si polan itu cabut lari setelah berceramah selama 20 minit pada kempen PRK Kerdau dulu.
Dendamnya begitu membara.
Justeru, makhluk yang ada dan yang terlintas di kepalanya untuk digunakan ialah Beginda Minda memandangkan kes yang anda dedahkan adalah skandal lama, skandal 13 tahun lalu.

Sama-sama kita tunggukan apa yang mampu dilakukan oleh bekas pemandu itu.
InsyaAllah.... Ummi berada dipihak yang benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog