Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 16 Mac 2011

PRN Sarawak: Anwar perasan PKR kuat.... Dia lupa partinya sekadar ‘pendatang haram’ ke Sarawak....


KONONNYA pihak pembangkang telah sersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. Hakikatnya belum pun dewan negeri itu dibubarkan, pakatan pembangkang telah mula bercakaran dalam mementukan agihan kerusi untuk parti masing-masing.

Sebagaimana yang dikatakan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, “Kita sudah berbincang mengenai pembahagian kerusi yang akan ditandingi, cuma ada berlaku pertindihan antara kerusi PAS dengan PKR, kerusi PKR dan DAP.

Baru Bian... bakal KM PKR?
“Kita juga sedang mengadakan perbincangan dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang merupakan rakan sekutu kita dalam pilihan raya negeri kali ini.”

Aduhai! Apa maksud ada pertindihan antara ketentuan kerusi yang akan ditanding antara PAS dengan PKR dan PKR dengan DAP? Tidakkah itu bermaksud, bagi sesuatu kerusi itu ada perebutan antara PAS dengan PKR dan PKR dengan DAP?

Mana ada ‘pakatan’ kalau dalam menentukan kerusi pun masih tidak sekata?

Berdasarkan kenyataan itu nampaknya PKR mahu membolot banyak kerusi. Kerusi yang PAS mahu bertanding, PKR pun mahu dan begitu juga dengan kerusi yang mahu ditandingi oleh DAP. Semuanya PKR mahu letakkan calon mereka?

Macamlah PKR itu kuat sangat pengaruhnya di Sarawak sana. Ramai sangatkah ahli-ahli PKR di negeri Sarawak? Kalau di Semenanjung Tanah Melayu ini pun PKR sekadar jual temberang konon partinya ramai ahli, inikan pulak di Sarawak?

Sikap tamak PKR dalam meletakkan calon di Sarawak nanti akan menentukan apakah ‘pakatan haram’ mereka itu benar-benar satu pakatan atau sekadar pakatan di bibir sahaja?

Pakatan pendatang....
Itu baru kita bicarakan soal tiga parti ‘pakatan haram’ yang berpusat di Semenanjung Tanah Melayu yang jelas tidak sekata dalam menentukan parti mana yang akan bertanding di satu-satu kawasan nanti. Masih belum muktamad dan masih dalam perbincangan. Bincang yang tidak ada kesudahan....

Bagaimana pula dengan parti pembangkang anak jati Sarawak – SNAP?

Sebelum ini, Presiden SNAP, Edwin Dundang, bertegas mahu bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak termasuk mengancam menamatkan kerjasama dengan parti pembangkang lain jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Itu sudah dikira satu amaran! Keras bunyinya! Dan kerjasama yang dimaksudkan SNAP sudah tentulah ‘pakatan haram’ yang dianggap pendatang oleh rakyat Sarawak...

Amaran itu ternyata bertentangan dengan sidang media selepas Konvensyen PKR Sarawak baru-baru ini, di mana Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian mengesahkan pihaknya akan meletakkan calon di 52 kawasan DUN dengan senarai mereka yang akan bertanding dalam proses pengesahan.

Mat Jenin dari Semenanjung
Jumlah kerusi Dewan Negeri Sarawak ialah 71. Kalau PKR mahu bertanding 52 kerusi, bermakna parti-parti lain - PAS, DAP dan SNAP hanya ada 19 kerusi untuk diagihkan.

Apabila SNAP yang berkeras mahukan 28 kerusi, bermakna PKR, DAP dan PAS hanya ada 43 kerusi untuk di tentukan siapa yang akan meletakkan calon menentang BN nanti.

Apa cerita? Cerita dongeng atau khayalan yang terilham daripada ‘angan-angan tak berkesudahan’ Anwar Ibrahim?

Berdasarkan hakikat ini nyatalah bahawa ‘pakatan haram’ tiga parti pembangkang dari Semenanjung Tanah Melayu itu akan bertempur dengan SNAP selaku pembangkang anak jati Sarawak dalam menentukan kerjasama meletak calon pada PRN Sarawak tak lama lagi itu.

Besar kemungkinan akan muncul ramai calon-calon bebas yang bertanding kerana tak puas hati dengan penentuan agihan kerusi.

Justeru, kenyataan bahawa ‘pakatan haram’ pembangkang dari Semenanjung Tanah Melayu itu bersiap sedia untuk mengahdapi pilihan raaya negeri Sarawak sebagaimana yang diuar-uarkan baru-baru ini adalah ‘temberang’ dan ‘omomg kosong’ semata-mata.

Konon perkara itu telah diputuskan pemimpin tertinggi parti dalam ‘pakatan haram’ itu pada satu mesyuarat yang dipengerusikan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim di pejabatnya di Bangunan Parlimen pada Isnin.

Turut hadir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta kepimpinan utama parti-parti komponen pakatan pembangkang.

Abdul Hadi dalam sidang akhbar selepas mensyuarat itu berkata setakat ini perkara penting yang melibatkan kepentingan parti-parti dalam pakatan pembangkang termasuk pembahagian kerusi, telah selesai.

Jadi biul kerana Anwar?
Apakah kenyataan Abdul Hadi itu berdasarkan keputusan dan kaji selidik partinya – PAS, atau sekadar memberikan komen berdasarkan apa yang ditemberangkan oleh Anwar Ibrahim kepada pemimpin PAS dan DAP dalam mesyuarat berkenaan?

Biarlah Anwar Ibrahim seorang sahaja yang sasau dan merapu dana dengan ‘angan-angan tak sudahnya’ itu. Yang Abdul Hadi tumpang sekaki jadi biul kerana omongan Anwar itu apa hal?

Lihat bagaimana bijaknya DAP. Lim Kit Siang tidak ada kata apa-apa selepas berbincang dengan Anwar Ibrahim. Dia tahu di mana kekuatan partinya dan tahu segala yang dikatakan oleh Anwar dalam perbincangan itu hanyalah ‘omong kosong’ seorang pemimpin yang sedang nazak pengaruh politiknya.
- SM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog