Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 15 Mac 2011

Anwar mohon hina mahkamah ke atas NST, Utusan. Helah nak tangguhkan lagi perbicaraan?

ANWAR Ibrahim hari ini sekali lagi mengemukakan permohonan menghina mahkamah di Mahkamah Tinggi di sini ke atas dua media tempatan iaitu akhbar New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia.

Ia berikutan laporan berita mengenai demonstrasi yang berlaku di seluruh negara yang mendesak Ketua Pembangkang itu memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Ia juga ekoran penerbitan laporan berita mengenai hujahan pihak pendakwaan hari ini berhubung permohonan untuk mendapatkan sampel DNA terbabit.

Permohonan menghina mahkamah itu merupakan kali kedua dibuat ke atas akhbar tempatan walaupun terdapat portal media yang turut membuat laporan yang sama.

Kali pertama permohonan menghina mahkamah ke atas media dibuat ialah pada 4 Februari tahun lalu iaitu ke atas Utusan Malaysia berkaitan dengan gambar yang dipetik dari agensi Bernama.

Permohonan tersebut bagaimanapun ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Terdahulu, peguam bela utama, Karpal Singh mencelah sebaik sahaja Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memaklumkan mahkamah mengenai permohonan yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan hari ini.

Beliau menyatakan, akhbar NST dan Utusan Malaysia sejak semalam telah menyiarkan laporan berita mengenai anak guamnya dan perbicaraan kes liwat tersebut yang 'nakal, berunsur skandal dan penuh dengan kebencian'.

Karpal juga mempertikaikan mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris itu mengenai penerbitan hujahan yang akan dibuat oleh Mohd. Yusof hari ini tetapi sudah diterbitkan di akhbar berkenaan.

Selain mendakwa kebocoran di Pejabat Peguam Negara, peguam itu turut menyatakan bahawa Mohd. Yusof telah merelakan dirinya dimanipulasi dan seluruh ahli pasukan pendakwaan berada di tangan ahli politik.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut memohon agar mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkaitan DNA itu dikenakan tindakan menghina mahkamah.
- Utusan

SATU MELAYU:
Apabila rakyat mendesak Anwar memberikan sampel DNAnya melalui tunjuk perasaan aman, itu salah dan mahu didakwa kerana menghina mahkamah.
Tetapi apabila Anwar sendiri menjaja kes liwat II itu sebagai konspirasi pemimpin Umno terhadapnya ke seluruh pelusuk dunia, sedangkan kesnya masih belum selesai dibicarakan di mahkamah, tak salah dan tidak boleh dianggap sebagai menghina mahkamah?

Kalau dia yang buat tak apa? Boleh dan dianggap betul?
Apa istimewanya Anwar anak Ibrahim itu di sisi undang-undang dan mahkamah?
Kenapa Umno yang dijadikannya ‘kambing hitam’ sedangkan siapa Anwar ibrahim kalau tidak kerana Umno yang mengangkatnya hingga jadi Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu?

Diri sendiri yang berperangai buruk, nak salahkan pihak lain berkonspirasi konon.
Hebat sangatkah dia hingga ada pemimpin Umno terpaksa menjatuhkannya?
Apa jasa Anwar Ibrahim kepada negara Malaysia, bangsa Malaysia dan agama Islam?
Cuba sebutkan, satu pun jadi lerrr.... 

Sekarang Tun Dr. Mahathir telah dedahkan sebab musabab beliau pecat Anwar melalui buku terbarunya.
Saman lerrr.... kalau tak betul dan bohong!
Cakap saja besar, beraninya tidak....

Rakyat tahu bahawa semua itu dihujahkan bagi maksud supaya perbicaraan kes liwat II ini ditangguh lagi dan isu menyerahkan DNAnya juga turut tertunda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog