Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 14 Mac 2011

Bosan lihat ‘drama’ kes liwat II yang berlanjutan hingga tiga tahun dengan 50 kali penangguhan: NGO, parti politik suarakan tuntutan....


DESAKAN supaya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’ yang dipercayai meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan semakin lantang disuarakan rakyat Malaysia.

Ia terbukti apabila pelbagai organisasi termasuk wakil parti politik berkumpul di beberapa tempat di seluruh negara bagi mendesak Anwar memberikan sampel DNA beliau secara sukarela.

Di Machang, KELANTAN, kira-kira 300 ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan, menuntut Anwar memberi kerjasama kepada mahkamah selain menunjukkan contoh terbaik kepada masyarakat.

Di MELAKA, sekumpulan orang ramai berhimpun di hadapan Melaka Sentral bagi menyatakan maksud yang sama dengan menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA secara sukarela tanpa rasa takut, jika benar beliau tidak meliwat Mohd. Saiful.

“Kami minta Anwar tunjukkan bukti sebenar. Jika dia tidak melakukannya mengapa mesti takut. Beliau perlu berani menghadapi cabaran. Kalau beliau benar, mengapa mesti berlengah untuk menyerahkan sampel DNA,” kata wakil kumpulan tersebut, Yahya Omar.

Di PAHANG, tuntutan sama dibuat melalui Pertubuhan Kebajikan Warisan Kuala Semantan (Pintas), dengan kerjasama Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang dan beberapa pertubuhan belia apabila mereka berdemonstrasi selama 30 minit di Lurah Semantan, Temerloh.

Di PULAU PINANG, demonstrasi diadakan di hadapan Masjid Jamek Jelutong; Masjid Seberang Jaya, Bukit Mertajam; Masjid Simpang Tiga, Tasek Gelugor dan di kawasan lapang berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal.

Di Ipoh, PERAK, Pejabat DAP, Pas dan PKR negeri diserbu lebih 150 orang ramai termasuk NGO yang terus mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA beliau.

Di Alor Setar, KEDAH, Kira-kira 200 ahli pemuda Barisan Nasional (BN) negeri berhimpun di hadapan Masjid Zahir di sini bagi melakukan desakan yang sama.

Kemuncak kepada desakan tersebut kemudiannya adalah demonstrasi di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya, yang disertai hampir 100 aktivis masyarakat bagi mencabar Anwar supaya berani kerana benar.

Dalam demonstrasi itu, mereka membawa pelbagai sepanduk mengecam Anwar kerana dilihat cuba menyorok di sebalik aspek teknikal undang-undang dan peguamnya, Karpal Singh, bagi mengelak memberi sampel DNA.

Antara bunyi sepanduk tersebut adalah seperti ‘kalau tidak salah, kenapa takut hendak bagi DNA’, ‘DNA Anwar untuk buktikan siapa yang benar’, ‘bayangkan jika anak kamu yang diliwat’ dan ‘hanya DNA Anwar boleh tentukan siapa yang bersalah’.

Menurut Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin, rakyat menuntut janji Anwar dalam soal keterbukaan kerana mereka sudah jemu menyaksikan ‘drama’ kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang berlanjutan sehingga tiga tahun dengan 50 kali penangguhan.
- Utusan

SATU MELAYU:
Keputusan mengenai permohonan pihak pendakwa yang meminta mahkamah mengarahkan Anwar Ibrahim memberikan sampel DNAnya pada sambungan perbicaraan hari ini menentukan sama ada tunjuk perasaan dan bantahan rakyat itu akan berterusan atau sebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog