Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 2 Jun 2011

Muktamar ke-57: Persimpangan penting elak liberalisme dalam Pas

MUKTAMAR Tahunan Pas Ke-57 yang akan bermula esok disifatkan sebagai sebuah persimpangan penting dalam memastikan perjuangan parti tersebut tidak tersasar ke arah ideologi liberalisme yang dipromosikan segelintir ahlinya.

Golongan liberal yang bersarang dalam parti tersebut dilihat semakin kuat menepis ideologi hakiki parti tersebut iaitu Islam serta Melayu dengan mengemukakan budaya bertentangan counter culture yang merosakkan identiti asas parti tersebut dari semasa ke semasa.

Justeru Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak menyeru semua ahli Pas supaya bijak membuat keputusan dalam menentukan kecenderungan parti tersebut ke lembah kebinasaan ataupun kegemilangan.

"Golongan ini sanggup bertolak ansur terhadap prinsip agama demi kepentingan politik jangka masa pendek mereka sahaja. Saya yakin tiada seorang pun ahli Pas yang waras mahu melihat kejatuhan identiti asas parti tersebut yang dibentuk oleh kepimpinan ulama lebih setengah abad lalu," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur pada Rabu.

Jelas beliau, tanggungjawab mempertahankan serta memperkasakan kepimpinan ulama dalam parti tersebut perlu digalas oleh semua ahlinya dengan menjadi pemikir bukan pengikut dalam menentukan hala tuju masa depan parti tersebut.

Kini katanya, persaingan sengit di antara kedua-dua golongan itu perlu dinilai menggunakan pengamatan yang serius dari segala aspek supaya pengaruh liberalisme yang menular itu mampu dihapus menggunakan saluran muktamar tersebut.

Tegas beliau, kedaulatan sesebuah parti itu bergantung kepada pucuk kepimpinan yang berfikiran jauh serta sentiasa berusaha untuk mengelakkan parti tersebut dari terjerumus ke arah lingkungan politik yang sempit dan rapuh.

"Tuntutan untuk menyelamatkan Pas dari anasir liberalisme perlu menjadi agenda utama di jiwa setiap ahli parti tersebut. Jadikan muktamar tahun ini sebagai platform untuk bertindak supaya kesinambungan perjuangan asas Pas di negara ini diteruskan," ujarnya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Kunci syurga Pas ditangannya...
Hakikatnya, Pas menjadi tidak keruan hala tuju perjuangannya setelah PRU 2008 - di mana kejayaan kesepakatan parti itu dengan PKR dan DAP yang membuahkan hasil baik di pihak pembangkang, menjadikan pemimpin Pas lupa diri, lupa daratan dan lupakan dasar perjuangan.

Pujukan ‘pakatan haram jadah’ yang ditonjolkan sebagai berketuakan Anwar Ibrahim – tapi yang benar-benar berkuasa ialah DAP – itu sangat diterima baik oleh Nik Aziz Nik Mat hinggakan dia sanggup mendahului Presiden parti dalam banyak urusan dan kenyataan media.

Kejayaan Anwar menguasai Nik Aziz membuatkan ahli-ahli Pas berkecamuk kerana perjuangan asal parti itu jadi bercelaru, keliru dan haru-biru gara-gara tindakan Nik Aziz bermati-matian mempertahankan Anwar dalam isu salahlaku moral yang terdedah satu demi satu.

Walaupun ramai dikalangan ahli-ahli Pas mula tawar hati dengan kepimpinan Anwar, tetapi kerana Mursyidul Am yang dianggap sesetengah ahli sebagai ‘tok wali’ itu tak berani berbuat apa-apa. Diam mendongkol.

Kesempatan itulah yang diambil oleh golongan yang menyokong Anwar dalam Pas mengembangkan pengaruh. Gerakan senyap yang cuba mengenepikan kepimpinan golongan ulama semakin berakar umbi dan Muktamar kali ini adalah menjadi kayu pengukur sejauh mana kekuatan mereka telah tertanam di kalangan ahli Pas.

Esok adalah hari penentu kepada senario itu.

1 ulasan:

Dot berkata...

kot manapun pas cuba bawa ahli dia, pas takkan dapat lari dari genggaman dap sekiranya pas masih lagi bernaung di bawah pr... ahli2 pas akar umbi memang setia tp lama kelamaan kesetiaan mrk akan pudar jika dap yg mencemar kesucian Islam berada di atas ketuanan Islam pas nanti!!!!

harap2 ahli2 pas akan semakin sedar ke mana hala tuju pas yg sebenar bila berganding dgn dap & pGayr.....

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog