Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 15 Ogos 2011

Kes Liwat Tangguh Lagi: Boleh percayakah Anwar akan bela diri 22 Ogos nanti?

Berjayakah mahkamah mengarahkan tertuduh ini membela diri minggu depan tanpa ada alasan baru pulak?
SEBAGAIMANA diramalkan semua orang, perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful yang sepatutnya tertuduh membela diri hari ini – Isnin 15 Ogos, tertangguh lagi. Dan alasan yang diberikan juga tepat seperti yang dijangkakan, iaitu masih belum dapat menemubual kesemua 25 saksi seperti yang dipinta pihak pembela.

Anwar Ibrahim akan memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat yang dihadapinya pada 22 Ogos ini.
Keputusan yang disahkan oleh peguambelanya dan juga pihak pendakwaan itu tidak akan mengambil kira sama ada mereka berjaya menemubual enam lagi saksi lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Peguam Sankara Nair sebelum itu, memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah berjaya menemubual 19 saksi potensi dan masih ada enam lagi yang belum dikemukakan.

Manakala menurut Peguam Cara Negara II, kedua-dua pihak telah bersetuju Anwar akan mula membela dirinya pada Isnin depan. "Kami akan cuba bekalkan saksi itu dalam minggu ini.”

Hari ini, pihak pembelaan akan menemubual ibu kepada bekas tunang pengadu kes ini - Mohd Saiful Bukhari Azlan - iaitu Sharehah Md Salim.

Sementara Tan Sri Musa Hassan sedang berada di luar negara dan dijangka akan kembali minggu depan.

Minggu lalu, peguam pembelaan yang diketuai oleh Karpal Singh telah menemubual 19 saksi potensi yang mungkin diminta tampil memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.

Saksi yang belum ditemubual termasuk Musa, dua bekas pembantu rumah Indonesia - Suliati dan Faria Dipan - yang sebelum ini bertugas dengan pemilik kondominium Hasanuddin Abdul Hamid dan jururawat Hospital Pusrawi Yazihan Jusoh, serta pengawal peribadi Anwar - Mohd Rasid Mohd Rosdi.

Pembantu rumah berkenaan telah pulang ke Indonesia dan polis dijangka memaklumkan perkembangan mereka mengesan kedua-dua wanita itu.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Boleh percayakah si Nuar tu akan membela diri pada minggu depan walaupun kesemua 25 saksi belum dapat ditemubual sepenuhnya?

Tidak mustahilkan dua saksi yang telah pulang ke negara asalnya – Indonesia, itu tidak akan dapat dihadirkan untuk ditemubual oleh pihak pembela?

Tepatlah seperti yang dikatakan kebanyakan orang, Anwar Ibrahim ni memang ‘kebal’ dan tidak ada siapa pun mampu berbuat apa terhadap dirinya....

1 ulasan:

Afif Farhi berkata...

Mangkuklah... Tak habis-habis nak bertangguh... Ada je alasan mamat nie... Bela diri jelah terus kalau berani?

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog