APA dah jadi dengan rakyat Mesir?
Setelah berjaya jatuhkan sebuah kerajaan zalim pimpinan Mubarak, negara masih tak juga aman. Malahan ianya semakin teruk. Tunjuk perasaan yang sebelum ini dijadikan alat dan penggerak untuk tumbangkan kerajaan masih terus berlaku walaupun kerajaan lama dah berjaya ditumbangkan?
Negara semakin huru-hara dan keamanan serta kebersihan pentadbiran kerajaan pembaharuan seperti yang diharapkan tak menjadi kenyataan.
Lebih teruk lagi, kini berlaku pula rusuhan agama antara kristian dengan Islam.
Di negara kita Malaysia bagaimana? Para penganjur Bersih 2.0 tak mahu ikut kerrr apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang? Kalau di sana kini tercetus rusuhan antara agama – Kristian dengan Islam, buat pulaklah satu tunjuk perasaan seperti itu di Kuala Lumpur. Beraraklah ke Stadium Merdeka atau ke Dataran Merdeka untuk mulakan kekacauan.
Dulu kata nak ikut sangat gerakan rakyat di Mesir. Sekarang ikutlah....
Sebagaimana diberitakan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera dalam keganasan rusuhan agama membabitkan puak Kristian di Kaherah.
Rusuhan yang berlarutan hingga malam tadi memaksa lebih 1,000 anggota keselamatan dan kereta perisai dikerah bagi mempertahankan bangunan televisyen negara di tebing Sungai Nil di mana ia bermula sebelum merebak ke Medan Tahrir.
Rusuhan yang berlarutan hingga malam tadi memaksa lebih 1,000 anggota keselamatan dan kereta perisai dikerah bagi mempertahankan bangunan televisyen negara di tebing Sungai Nil di mana ia bermula sebelum merebak ke Medan Tahrir.
Kumpulan terbabit bertempur menggunakan batu dan bom api. Beberapa kenderaan termasuk milik tentera dibakar.
Puak Kristian mendakwa pentadbiran tentera Mesir terlalu berlembut dengan pihak yang bertanggungjawab ke atas beberapa serangan anti Kristian.
Kepada rakyat Malaysia, terutamanya para penganjur dan penyokong Bersih 2.0 dulu, apa pandangan anda sekelian? Dulu kalian pernah kata nak tiru macam rusuhan Mesir. Bersih 2.0 kononnya mahu diangkat sebagai gerakan rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada – kerajaan BN pimpinan DS Najib...
Sekarang Mubarak dah ditawan dan kerajaan pembaharuan telah pun mengambilalih pemerintahan negara Mesir. Tapi mengapa masih tak aman? Kenapa masih ada persengketaan sesama rakyat di negara berkenaan?
Lebih malang lagi kekacauan terbaru antara penganut Kristian dan Islam juga dimulakan dengan tunjuk perasaan puak Kristian yang mendakwa gereja mereka di bakar. Kenapa boleh jadi macam itu?
Kepada SM, tunjuk perasaan yang dianjurkan dahulu itu telah menjadi budaya baru rakyat Mesir. Ada masalah sahaja, tunjuk perasaan. Bila ada tunjuk perasaan, pasti akan berlaku keganasan. Bila pihak berkuasa cuba mententeramkan keadaan, mereka jadi sasaran. Mereka diserang malah harta awam jadi sasaran. Tak pasal-pasal harta awam jadi mangsa.
Begitulah buruknya akibat mengamalkan ‘tunjuk perasaan’ sebagai alat melepaskan geram. Tidak mustahil ada kuasa asing yang mendalangi apa yang berlaku di Mesir sekarang....
Fikir-fikirkanlah....
1 ulasan:
Ayuh sokong bersih 3.o pula .Bila Mat Sabu..rit Mah dan Ambabiga nak anjur Demo meluap luap bersemangat nak joint sebab boleh makan free....
Catat Ulasan