Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 22 Mac 2011

SURUHANJAYA SIASATAN KEMATIAN TBH: SPRM tidak pilih parti politik

SIASATAN terhadap dakwaan wujudnya penyelewengan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009 dibuat menyeluruh tanpa mengambil kira parti politik.

Pemangku Penguasa Kanan, Mohd. Anuar Ismail berkata, ia berdasarkan aduan oleh beliau pada 13 Julai 2009 atas arahan Timbalan Pengarah SPRM Selangor ketika itu, Hishamuddin Hashim

‘‘Tuan Hishamuddin maklumkan supaya saya membuat aduan secara umum tanpa merujuk mana-mana parti politik kerana siasatan akan dibuat secara menyeluruh bagi tahun 2008 dan 2009.

‘‘Aduan ini bukan terhadap ADUN pembangkang sahaja kerana tuntutan bagi tahun 2008 yang mana ketika itu Selangor dikuasai oleh Barisan Nasional juga akan disiasat,’’ jelas beliau.

Mohd. Anuar yang merupakan pegawai penyiasat bagi kes melibatkan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, beliau bersama pasukannya ke pejabat DAP Seri Kembangan pada 15 Julai 2009 untuk membuat siasatan serta mendapatkan dokumen berkaitan selepas diberi taklimat oleh Hishamuddin sebelum itu.

Selepas dimaklumkan oleh petugas di pejabat tersebut, Evonne Lee bahawa segala tuntutan diuruskan oleh Teoh Beng Hock, beliau bersama pasukannya pergi ke pejabat Setiausaha Politik kepada Hian Wah itu di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor untuk meneruskan siasatan.

‘‘YB Ean ada tanya mengapa datang ke pejabatnya tanpa memaklumkan dia dahulu, sama ada saya ada waran selain meluahkan rasa tidak puas hati kenapa fail tuntutan ADUN Cina sahaja yang diambil dari Pejabat Tanah dan Daerah.

‘‘Saya maklumkan fail tuntutan semua 56 ADUN diambil untuk sedapkan hati beliau agar tiada pertikaian lanjut serta bagi mendapatkan kerjasama beliau.

‘‘Kedatangan kami juga tidak dimaklumkan lebih awal kerana mungkin elemen penting dalam siasatan akan dihilangkan,’’ katanya kepada Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock pada Isnin.

Ditanya tentang waran untuk membuat siasatan di pejabat tersebut, Mohd. Anuar memaklumkan bahawa ia tidak diperlukan kerana pegawai SPRM diberi kuasa untuk melakukan siasatan mengikut Seksyen 31(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Katanya, Hian Wah memberi kerjasama apabila komputer riba dan unit pemerosesan (CPU) di pejabat Beng Hock dirampas dengan menandatangani borang sita apabila diminta berbuat demikian.

Prosiding yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur akan bersambung Selasa.

Beng Hock, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.
- UtusanOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog