KETUA Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim hari Isnin menafikan penglibatan dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur hari ini, dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.
Anwar mendakwa ia merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantut kemaraannya dalam politik dan PKR.
"Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.
Beliau mengulas dakwaan satu kumpulan yang enggan dikenali yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.
Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.
Mengenai gesaan kumpulan terbabit yang meminta beliau dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR supaya melepaskan jawatan, Anwar berkata: "Saya tidak kenal siapa Datuk T itu. Kenapa pula dia minta saya dan Azizah letak jawatan".
Anwar juga berkata pada 21 Feb lepas iaitu tarikh didakwa video itu dirakam, beliau berada bersama keluarganya di rumah dan mendakwa mempunyai bukti melalui twitter dan FB (Facebook).
"Pada waktu itu saya tengah tweet dan semua bukti ini akan saya simpan kerana takut kena 'hack'. Saya difahamkan bahawa gambar yang disiarkan itu adalah mirip saya tetapi perutnya lebih buncit daripada saya," katanya sambil bangun menunjukkan perutnya kepada para wartawan.
Mengulas soalan bahawa beliau kehilangan seutas jam tangan jenama Omega, Anwar berkata: "Soalan anda sepatutnya adakah saya mempunyai seutas jam Omega? Ya, saya ada. Azizah yang simpan jam saya."
Sebelum itu, kumpulan Datuk T itu mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita itu semasa mengadakan hubungan seks pada 21 Feb tahun ini.
Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Anwar berkata beliau belum lagi melihat video berkenaan.
"Saya sudah berbincang dengan peguam saya mengenai perkara ini. Saya tidak tahu pembuatnya, saya tidak tahu jika ia akan diedarkan. Sebaik sahaja kami mendapat bukti dan orang itu muncul atau tampil, kami akan lakukan. Mengandaikan kerajaan adil dan telus kerana ia adalah saya," katanya.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata beliau terkejut dengan permintaan yang menggesanya meletak jawatan sebagai presiden PKR.
"Apa yang saya dah buat?. Sebelum ini mengatakan Anwar bersama dengan lelaki, tetapi saya heran kenapa pula kali ini dengan perempuan. Ini adalah satu yang bermotifkan politik," katanya.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula berkata pendedahan video tersebut tidak akan menjejaskan sokongan kepada PKR.
- Bernama

SATU MELAYU:
Kisah fitnah memfitnah ini memang dah jadi mainan dan makanan kamu. Maka redha sahajalah apa yang akan menimpa diri.
Biasalah! Hari ini kita fitnah orang, esok orang fitnah kita pulak. Hari ini kita bohongi orang, esok lusa, orang bohongi kita pulak. Tapi kalau dirujuk kepada isu sama yang menimpa Chua Soi Lek dulu, dia terus mengaku tanpa dalih dan alasan.
Itulah lumrah dunia yang biasa terjadi kepada hamba-hamba Allah yang cuai dan melupakan KuasaNya.
Jangan-jangan ada banyak lagi fitnah-fitnah (kononnya) yang akan didedahkan oleh manusia-manusia yang dulunya adalah sahabat karib anda.
Seperkara yang anda harus ingat ialah semua itu terjadi – sama ada baik atau buruk, adalah atas kehendak dan ketentuan Allah SWT yang tidak siapa boleh lari daripada kudrat dan iradatNya.
Selagi nadi berdenyut dan nafas masih mampu keluar masuk, terimalah apa yang berlaku itu sebagai ujian atau hukuman daripada Yang Maha Kuasa.
Kalau ujian baguslah. Itu tandanya Allah SWT masih sayangkan umat ciptaannya. Tapi, kalau yang datang itu bala yang merupakan hukuman, maka bertaubatlah selagi masa masih terluang.
SM menantikan saudara Anwar Ibrahim melafazkan 'Wallahi, Wabillahi, Wathallahi, bahawa saya bukannya orang yang terdapat dalam 'video lucah' yang diperkatakan itu."

Dalih, helah dan pelbagai alasan tidak akan mampu menutup ketentuan Yang Hak.
Kebernaran akan terserlah jua akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan