Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 23 Mac 2011

KES VIDEO SEKS: Polis siasat ikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan


POLIS sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkenaan klip video aksi seks mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan polis diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

"...apa yang saya boleh katakan polis akan menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini pagi ini berhubung video yang dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan pembabitannya dalam video lucah itu.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang berkenaan dan isterinya dalam masa seminggu ini.
- Bernama

SATU MELAYU:
Aikkk! Yang dihebohkan lain, yang disiasat polis lain.
Yang heboh diperkatakan ialah video seks itu memaparkan adegan seks seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang pelacur warga China.

Setelah Anwar Ibrahim buat laporan polis (tak tahu macam mana boleh Anwar yang buat report sedangkan tidak ada dakwaan umum mengatakan dia yang terlibat), pihak polis nak siasat ikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana mengedar bahan lucah.

Kisah siapa pelakunya dan konspirasi kotor menjatuhkan moral dan politik Anwar Ibrahim tak timbul.
Kalutttt! Kaluttttt!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog