ANWAR Ibrahim didakwa bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
Lebih dahsyat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa.
Ummi Hafilda Ali |
Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu.
"Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya.
Majlis itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh serta barisan kepimpinan UMNO bahagian tersebut. Turut memberikan ceramah ialah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris.
Sesi ceramah tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di Jerteh.
Dalam ceramah itu, Ummi Hafilda mengupas satu persatu perilaku keji Anwar termasuk skandalnya dengan isteri salah seorang pemimpin PKR, selain fitnah dan pembohongan Ketua Pembangkang itu kepada seluruh rakyat.
Wajah Presiden & PM Malaysia? |
Selain itu, Ummi Hafilda turut menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai hubungan intim dengan ahli perniagaan, Baginda Minda.
Beliau selanjutnya melafazkan sumpah 'wallahi, wabillahi, watallahi' di depan hadirin sambil bertegas yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dan berzina dengan ahli perniagaan terbabit seperti yang didakwa.
- Utusan
SATU MELAYU:
Sewajarnyalah Anwar berhasrat menukar sistem pemerintahan negara ini kepada sebuah republik dengan dikuasai oleh seorang presiden. Dan yang jadi presidennya pula dia sendiri. Tidak ada lagi Raja/Sultan serta Yang di-Pertuan Agong. Anwar mahu jadikan Malaysia seperti Indonesia atau Singapura.
Apabila Anwar jadi presiden Malaysia, maka tarafnya samalah seperti presiden Amerika Syarikat dan lain-lain presiden di dunia ini.
Dengan jawatan presiden yang disandangnya itu, maka berkuasa penuhlah ia dan segala kesongsangan hidupnya selama ini dapat ditutup.
Begitu juga dengan Perdana Menterinya – Azmin Ali. Rahsia besar mereka akan terselamat.
Apabila presidennya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali pula jadi predana menteri, maka negara ini akan jadi milik mereka berdua.
Maka bebaslah mereka buat sesuka hati, terutama hobi songsang mereka yang manyamai kaum Nabi Lut.
Alhamdulillah! Hingga kini Allah SWT masih menyelamatkan rakyat negara ini daripada musibah berpresidenkan manusia bernama Anwar bin Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan