Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 23 Mac 2011

ISU VIDEO SEKS: Sebaik-baiknya lafazkan sumpah - Harun Taib


Anwar diapit oleh Hadi, Lim Kit Siang dan Wan Azizah pada sidang media menganai video seks
MEREKA yang menghadapi apa jua pertuduhan mengaibkan, perlu bersumpah dengan nama Allah sekiranya benar tidak bersalah, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, lafaz sumpah dengan nama Allah itu dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti keterangan yang sangat kukuh dan jelas.

"Sepatutnya kena ada penyelesaian mengikut kaedah Islam. Bagi pihak yang mendakwa, mereka mesti ada bukti atau keterangan yang kukuh.

Datuk Harun Taib keseorangan....
"Apabila ada keterangan, orang yang kena tuduh pula boleh bersumpah mengikut Islam untuk memastikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu laporan polis menafikan penglibatannya dalam video itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan pembabitan pemimpin pembangkang berkenaan dalam video seks yang hangat diperkatakan sekarang.

"Saya tak boleh komen pasal ini, sebab saya sendiri pun tak tengok lagi benda ini.

"Tetapi saya khuatir semua dakwaan terhadapnya macam direka-reka. Kalau banyak sangat, ia dah jadi seperti rekaan," ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Mana Anwar nak dengar cakap Harun Taib yang jadi Ketua Dewan Ulama Pas tu?
Anwar ada orang yang lebih tinggi jawatannya dalam Pas, yang membela dan membolehkan apa sahaja tindakan oleh Ketua Pembangkang yang gilakan Putrajaya tu.

Nik Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am dan Hadi Awang sebagai Presiden Pas, masih memihaknnya dan masih istiqamah mempertahankan apa sahaja tindakan Anwar dalam isu salahlaku moralnya sejak Pas berada dalam pakatan.

Terkonteng-kontenglah Ketua Dewan Ulama Pas seorang diri dengan pendirian yang dilihat tidak sealiran dengan pendirian Anwar serta Nik Aziz dan Hadi Awang.

Harap-harap tidak pulak Datuk Harun Taib keluar Pas untuk menubuhkan parti baru seperti Zaid Ibrahim kerana isu-isu yang dibawa oleh Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog