Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 20 Mac 2011

AS, Britain Mulakan Serangan: Lebih 110 roket dibedil ke Libya

HIASAN: Kapal selam US....

TENTERA Amerika Syarikat dan Britain menembak sekurang-kurangnya 110 roket jenis Tomahawk ke arah Libya bagi melumpuhkan pertahanan udara rejim Presiden Muammar Gaddafi.

Naib Panglima Angkatan Tentera Amerika, William Gortney memberitahu pemberita roket Tomahawk itu dilancarkan oleh kedua-dua kapal perang dan kapal selam milik Amerika dan Britain ke arah 20 sistem penyelarasan pertahanan udara bersama dan kemudahan pertahanan pesisir Libya.

"Roket pertama ditembak jam 1900 GMT diikuti serangan udara yang dilancarkan pesawat pejuang tentera Peranchis," kata Gortney, yang juga pengarah staf bersama tentera Amerika Syarikat.

"Ia adalah fasa pertama daripada pelbagai peringkat operasi serangan," katanya.

"Oleh kerana ketika itu waktu malam di sana (Libya), ia mengambil masa untuk kita mengetahui lebih lengkap kejayaan serangan ini," katanya. - AFP

Mediterranean kini jadi 'medan perang': Gaddafi

Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini mengisytiharkan negara Mediterranean itu kini menjadi 'medan peperangan sebenar' berikutan serangan udara yang dilancarkan tentera Barat, awal pagi tadi.

Serentak itu, beliau membuka depot simpanan senjata api untuk digunakan rakyatnya untuk mempertahankan negara itu.

Dalam satu ucapan pendek yang disiarkan stesen televisyen tempatan, sebentar tadi, Gaddafi mengutuk keras serangan tentera Bersekutu ke atas Libya yang disifatkannya sebagai 'tidak bertamadun'.

"Rantau Mediterranean kini menjadi medan perang sebenar," katanya.

“Depot senjata api kini dibuka dan semua rakyat Libya kini dilengkapi senjata untuk mempertahankan negara kita daripada tentera Barat," katanya. – AFP

Kampung halaman Gaddafi di Sirte turut dibom

Serangan udara yang dilancarkan tentera bersekutu dari Barat awal pagi tadi, turut mengebom kampung kelahiran Presiden, Muammar Gaddafi di Sirte, lapor agensi berita Jana.

“Serangan udara dan tembakan misil (roket) disasarkan di beberapa kawasan penduduk awam di Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi,” kata jurucakap tentera Libya yang dipetik Jana.

Kuasa Barat, awal pagi tadi (waktu malam di Libya) melancarkan serangan udara dan laut terhadap tentera rejim Gaddafi selepas resolusi gencatan senjata diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Gaddafi dilahirkan di Sirte, sebuah bandar yang terletak 360 kilometer di timur Tripoli. – AFP

SATU MELAYU:
Provokasi kuasa Barat untuk mengajak Libya berperang sedang dimulakan.
Apakah Muammar Gaddafi akan menerima nasib seperti Sadam Hussein di Iraq?
Yang pasti dunia Islam tidak mampu berbuat apa-apa malah berkemungkinan ada negara yang membantu kuasa Barat menyediakan kemudahan untuk peperangan di Libya yang cuba dicetuskan itu.

2 ulasan:

hangkedee berkata...

Pucuk diidam ulam mendatang.nah lihatlah juak PasPkr.Begitu lah mereka mahu dapat masuk mencerobuh ke negeri orang.lihat wahai pertualang bangsa,mereka sedang memasang perangkap utuk menjajah kita kembali.Kenapa mereka tidak menyerang negara seperti korea utara yang papa kedana??? mistilah kerana hasil mahsul negara tersebut.

Mohd berkata...

Ini menunjukkan betapa bodohnya orang Islam terutamanya orang Libya sendiri!
Pihak Barat memang mencari peluang sahaja utk merampas minyak di Libya spt yg telah berlaku di Iraq.
Orang Islam mudah lupa ............

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog