Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 24 Mac 2011

ISU VIDEO SEKS: “Yusri KRU kata, adalah hampir mustahil melakukan superimpose ke atas wajah seseorang dalam sebuah video yang bergerak.” - Shuib Lazim

DATUK Shuib Lazim, yang merupakan salah seorang daripada trio “Datuk T” yang mendedahkan rakaman video aksi seks seorang pemimpin sebuah parti pembangkang Isnin lalu, amat yakin bahawa kebenaran akhirnya akan terbongkar.

“Malah kami telah meminta pandangan produser filem Yusri daripada Studio KRU dan dia kata, adalah hampir mustahil untuk melakukan superimpose ke atas wajah seseorang dalam sebuah video yang bergerak.

“Lebih-lebih lagi rakaman video itu dibuat dari empat sudut yang berbeza, menjadikannya lebih sukar untuk seseorang melakukan superimpose wajah orang lain ke atas subjek berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa Yusri adalah seorang pakar dalam bidang teknologi canggih perfileman.

Shuib yang juga merupakan bendahari Perkasa telah dinamakan bersama-sama seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah oleh bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik sebagai trio yang selama ini bergelar “Datuk T”.

Mereka telah mendedahkan kandungan rakaman video berkenaan kepada wakil-wakil media terpilih termasuk wakil dari Harakah Isnin lalu. Shuib juga mendakwa, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali akan melakukan inisiatif untuk membentuk pasukan panel penyiasat untuk mengesahkan ketulenan rakaman itu.

Ibrahim pula ketika ditemui para pemberita di Parlimen menjelaskan, apa yang dilakukan oleh Shuib adalah atas kapasitinya sebagai seorang individu dan tiada kena mengena langsung dengan Perkasa.

“Tetapi saya puji mereka kerana berani mendedahkan kewujudan rakaman video klip tersebut,” katanya.
Shuib, katanya lagi, telah tidak menghadiri mesyuarat Perkasa sejak enam bulan yang lalu kerana tidak sihat.

Bagaimanapun kata Ibrahim, isunya di sini ialah bukanlah sama ada Shuib telah melakukan satu kesalahan atau tidak tetapi ialah sama ada orang yang muncul dalam pita rakaman itu adalah benar-benar orang yang dituduh.

“Jika anda lihat kes ini dari perspektif yang saya katakan itu maka apa yang telah dilakukan oleh Shuib dan rakan-rakannya wajar dihargai,” kata Ibrahim.

Ibrahim berkata, sebuah panel penyiasatan bebas wajar dibentuk kerana ini telah menjadi satu isu nasional dan beliau bersedia untuk duduk sebagai salah seorang ahli panel.

“Lagi ramai lagi bagus kerana kita hendak mencari kebenaran,” katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Pihak yang mendakwa atau yang mendedahkan begitu yakin bahawa aksi dalam video seks yang dihebohkan kini benar-benar oleh seorang ahli penting pembangkang. Pelbagai usaha mereka lakukan untuk memastikan kesahihan gambar video yang diambil melalui CCTV itu.

Apapun, kedudukannya kini semakin menarik perhatian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog