Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 22 Mac 2011

Video Seks: "Datuk T" Kini Enggan Serah Rakaman Video Melainkan Kepada Panel Bebas. (Macam ada ketam di sebalik kayu jerrr!)

Gambar yang tersiar di TV malam ini nampak wajah Anwar semacam jerrrr!

LELAKI bergelar “Datuk T” yang semalam (Isnin) mendedahkan kepada media rakaman video yang memperlihatkan seorang pemimpin pembangkang melakukan adegan seks bersama seorang wanita yang didakwanya pelacur dari luar negara, pada Selasa menegaskan bahawa beliau kini tidak berhasrat untuk menyerahkan rakaman video berkenaan kepada mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media lewat petang Selasa, ”Datuk T" berkata, beliau memutuskan demikian selepas melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi awal pagi Selasa.

Dalam laporannya, Anwar mendakwa yang beliau telah menjadi mangsa fitnah dan meminta agar pihak polis menyiasat siapakah di sebalik penyebaran fitnah tersebut.

Sebaliknya "Datuk T" menegaskan yang beliau hanya akan menyerahkan rakaman video berkenaan bersama seutas jam tangan berjenama Omega yang didakwanya milik Anwar yang ditemui di dalam bilik di mana rakaman video berkenaan dibuat kepada sebuah panel siasatan bebas.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada pihak media dan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab supaya bersatu tenaga membentuk panel siasatan bebas ini dengan kadar yang segera bagi membolehkan pengesahan dibuat ke atas ketulenan rakaman video berkenaan.

Pada Isnin ketika mendedahkan penemuan rakaman video seks tersebut, "Datuk T" berjanji akan menyerahkan rakaman tersebut kepada Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seminggu dari sekarang.

Ini katanya bagi membolehkan kedua-dua mereka mengenalpasti apakah lelaki yang muncul dalam rakaman video tersebut adalah Anwar dan jika benar mereka hendaklah melepaskan jawatan politik masing-masing dengan segera.

Bagaimanapun menurut "Datuk T" beliau terpaksa mengubah keputusan tersebut setelah mendapati Anwar menafikan yang beliaulah lelaki di dalam rakaman video tersebut dan selepas itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangsi awal pagi Selasa.

"Sekarang memandangkan Datuk Seri Anwar telah pun membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki yang dirakamkan di dalam video berkenaan maka saya menyimpulkan bahawa beliau dan isterinya tidak lagi berminat untuk memperolehi salinan rakaman video berkenaan daripada saya sebagaimana yang dijanjikan Isnin depan.

"Oleh yang demikian saya hanya akan menyerahkan rakaman video tersebut kepada satu panel bebas yang boleh menyiasat akan ketulenan rakaman video itu dan saya akan turut menyerahkan seutas jam tangan Omega yang ditemui di dalam bilik hotel di mana rakaman video itu dibuat." ujarnya.

Beliau juga memberikan sebab-sebab mengapa rakaman video berkenaan tidak akan diserahkan kepada pihak polis.

"Ini kerana sebarang pembabitan pihak berkuasa hanya akan mengundang lebih banyak penafian daripada Anwar.

"Datuk Seri Anwar hanya akan mengubah perhatian ramai dengan berkata pihak polis bersubahat dengan kerajaan sekiranya hasil siasatan polis tidak menyebelahi atau condong kearahnya.

"Oleh itu saya hanya akan menyerahkan bahan bukti ini kepada satu panel siasatan bebas yang akan dibentuk kemudian," katanya.

Dalam laporan polisnya, Anwar mendakwa individu yang menyebar dan menayangkan video seks berkenaan telah melakukan jenayah fitnah, intimidasi jenayah serta terlibat dalam konspirasi terancang untuk menjatuhkan kredibiliti politik serta mengaibkan beliau.

"Saya percaya ada penglibatan pihak-pihak tertentu di sebalik mereka ini yang telah kelihatan di Carcosa Seri Negara dan mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka.

"Saya menuntut satu siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah dijalankan dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga saya di bawa ke muka pengadilan," katanya.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Pulak dah! Kalau tak mahu serah pada polis atau pihak berkuasa kenapa panggil wartawan untuk tontonkan video berkenaan? Diam-diam sudahlah. Serah sahaja pada Wan Azizah.

Selepas serah pada Presiden PKR itu, ugutlah dia supaya letakkan jawatan, kalau benar itulah maksudnya! Kalau tak letak jawatan, barulah dedahkan kepada wartawan ke kepada siapa sahaja sebagai bahan bukti soheh.

Bila tunjuk pada wartawa bermakna supaya perkara itu dihebohkan. Bila dah heboh, tentulah pihak yang tertuduh membela diri atau memberikan reaksi. Dan reaksi Anwar dalam kes ini ialah membuat laporan polis. Bila dah jadi kes polis, takut pulak nak serah pada polis. Aperrr.... ceriterrrr!

Nampak macam main-main ajerrr!
Apa maksud sebenar pendedahan video ini?
Nak cari nama, cari publisiti murah atau nak alihkan isu DNA Anwar supaya rakyat terus yakin konon semuanya adalah konspirasi Umno/BN atau pihak polis?

Apapaun, para wartawan yang berpeluang menonton video berkenaan harus memberikan ulasan secara bijaksana sebagai seorang wartawan berwibawa. Buatlah analisis bernas dan berfakta.

1 ulasan:

Penditakainsingkat berkata...

Salam,

Datuk T kenalah buat aduan polis dahulu untuk mempertahankan video yang dimilikinya genuine.

Datuk T tak boleh bertindak lambat sebab semakin ramai rakyat Malaysia berdemonstrasi mendesak Nuar Berahim serahkan DNAnya, PRN sarawak semakin dekat dan tak lama lagi PRU 13 pulak.

Ataupun dah rancang nak ajak AMK, Pemuda Unit Amal Pas dan Pemuda DAP buat demonstrasi mendesak kerajaan ubuhkan suruhanjaya siasatan?

hehehe...dalam poket atas kitorang jer muslihat budak tak cukup mengaji ni..

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog