Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 22 Mac 2011

PRN SARAWAK: Calon BN Dari PBB Saksikan Perubahan Besar – TS Taib


BARISAN calon Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi pilihan raya negeri akan datang yang dijadual diumumkan sehari sebelum penamaan calon, bakal menyaksikan perubahan besar dalam senarai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), daripada segi muka baru yang akan dicalonkan.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB berkata sudah menjadi amalan pengumuman senarai muktamad calon hanya dibuat selepas disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN pusat.


"Saya masih belum menerima senarai bagi tiga lagi parti komponen BN negeri tetapi kira-kira sesuku daripada 35 calon PBB adalah muka baru dan muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sarawak 2011 di Kuching, Isnin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat di Kuching pada Rabu untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas Dewan Undangan Negeri dengan 71 kerusi dibubarkan hari ini (Isnin) untuk diadakan pilihan raya negeri ke-10, dijangka bulan depan.

Ketika ini, BN menguasai 63 kerusi iaitu 35 daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 12 manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Enam lagi kerusi dikuasai oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-maing menguasai satu kerusi.

Kepada soalan siapakah yang mungkin dipilih sebagai pengganti beliau, Taib yang pada Sabtu lepas berkata yang beliau akan meletakkan jawatan pada pertengahan penggal baru, memberitahu pihak yang sangsi supaya melihat rekod beliau, terutamanya selama 30 tahun menerajui kerajaan negeri.

"Jika anda mengkaji kelakuan saya lebih 30 tahun lepas, saya tidak pernah berbohong atau bermain politik kotor," katanya semasa diminta mengulas kenyataan pemimpin DAP Lim Kit Siang behawa beliau bersikap ‘kabur dan terumbang-ambing’ mengenai perancangannya untuk meletakkan jawatan, termasuk tidak menamakan penggantinya.

"Semasa pilihan raya, anda tidak mahu wujudkan isu. Saya mengambil sikap berdiam diri berbanding dengan DAP," kata Taib yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian di samping dipertanggungjawabkan mengetuai kempen pilihan raya BN.

Sambil menyelar Lim, katanya: "Anda fikir saya bodoh (sehingga tidak mempunyai pelan peralihan)? Kenapa DAP tidak menamakan pengganti mereka?"
- Bernama

SATU MELAYU:
Yang Lim Kit Siang sibuk mempertikai TS Taib tu apa hal?

Sedarlah diri sendiri, sebelum menyebok hal orang lain.
Si Lim Kit Siang bila pula nak berhenti jadi wakil rakyat?
Dah berapa tahun dia jadi wakil rakyat? Dan melompat dari satu kawasan ke satu kawasan. Mula-mula di Melaka, kemudian pindah ke Pulau Pinang dan sekarang di Perak.

Kepada Lim Kit Siang, sila ambil perhatian bahawaTS Taib pasti tidak akan menamakan anaknya untuk jadi penggantinya sebagaimana anda menentukan Lim Guan Eng jadi Setiausaha Agung DAP.
Ada fakam ka?

Ada hati nak kritik orang lain, sedangkan diri sendiri lebih teruk daripada orang yang dikritiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog