SEORANG pekerja kilang bertindak memandu sejauh lebih 10km dengan membawa seguni plastik sampah dan dicurahkan di pintu masuk Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) di Serdang pada Ahad.
Ismail Ahmad, 50, dari Taman Kelisa Emas, Lubok Buntar, dekat sini berkata tindakan yang dilakukannya itu kira-kira 9.30 pagi tadi adalah satu protes kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan yang dikatakan mengabaikan tugas mereka memungut sampah mengikut jadual di kawasan perumahan tersebut sejak bertahun-tahun lalu.
"Paling ketara sejak 2010 lalu pelbagai karenah berlaku. Sudahlah tempat longgokan sampah lokasinya kira-kira tujuh meter sahaja jaraknya dari bangunan rumah saya dan kira-kira 30 meter dari kawasan tapak sebuah Tadika Perpaduan dengan hampir 100 anak-anak penduduk di sini belajar di situ," kata Ismail kepada pemberita selepas mencurahkan sampah di pintu Pejabat MDBB, Serdang di sini hari ini.
Beberapa kakitangan pejabat berkenaan yang sedang bertugas di situ kelihatan terpinga-pinga dan terperanjat dengan tindakan nekad yang dilakukan Ismail itu tetapi mereka tidak menghalang pekerja kilang tersebut meneruskan hasratnya dengan menyelerakkan bungkusan yang mengandungi sampah yang dibawanya dari Lubuk Buntar itu.
"Saya dan keluarga saya serta lebih 1,200 penduduk sekitar sudah tidak tahan lagi dengan bau busuk yang berpunca daripada longgokan sampah tersebut yang berlanjutan bertahun-tahun itu," kata Ismail.
Beliau berkata terdapat anjing-anjing liar dan garang pun turut menjadikan longgokan sampah itu tempat mencari makan yang kadang-kadang juga mengejar orang dewasa dan kanak-kanak yang lalu lalang di situ.
Tinjauan Bernama di lokasi mendapati longgokan sampah tanpa sebarang tong sampah yang disediakan di situ jelas keadaan sampahnya berselerakan di sekitar yang menyakitkan mata memandang di samping bau busuk.
Ismail berkata dua laporan dibuat berhubung dengan kegagalan pihak MDBB memungut sampah di Taman Kelisa Indah, Lubok Buntar iaitu pertama kepada MDBB pada 7 Okt 2010 dan satu lagi di Balai Polis Serdang, di sini pada 16 Mac 2011 lalu.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Enviromen Idaman Sdn Bhd Mohd Saiful Anuar Zainal ketika dihubungi memberi jaminan bahawa pihaknya yang bertanggungjawab melupuskan sampah di kawasan MDBB akan mengatasi masalah tersebut secepat mungkin.
"Longgokan sampah berkenaan telah dibersihkan dan pita sekatan melarang orang ramai membuang sampah di situ juga dipasang di tempat tersebut dengan papan tanda sekali," kata beliau.
Katanya pihaknya juga telah mendapatkan kerjasama daripada MDBB untuk menanam pokok-pokok bunga di tempat bekas longgokan sampah di situ secepat mungkin.
"Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan boleh menggunakan talian bebas tol syarikat melalui talian Bebas Tol 1800-88-ENVO-(3684) dan e-mel aduan@e-idaman.com (laman sesawang :www.e-idaman.com)," katanya.
- Bernama
Ismail Ahmad, 50, dari Taman Kelisa Emas, Lubok Buntar, dekat sini berkata tindakan yang dilakukannya itu kira-kira 9.30 pagi tadi adalah satu protes kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan yang dikatakan mengabaikan tugas mereka memungut sampah mengikut jadual di kawasan perumahan tersebut sejak bertahun-tahun lalu.
"Paling ketara sejak 2010 lalu pelbagai karenah berlaku. Sudahlah tempat longgokan sampah lokasinya kira-kira tujuh meter sahaja jaraknya dari bangunan rumah saya dan kira-kira 30 meter dari kawasan tapak sebuah Tadika Perpaduan dengan hampir 100 anak-anak penduduk di sini belajar di situ," kata Ismail kepada pemberita selepas mencurahkan sampah di pintu Pejabat MDBB, Serdang di sini hari ini.
Beberapa kakitangan pejabat berkenaan yang sedang bertugas di situ kelihatan terpinga-pinga dan terperanjat dengan tindakan nekad yang dilakukan Ismail itu tetapi mereka tidak menghalang pekerja kilang tersebut meneruskan hasratnya dengan menyelerakkan bungkusan yang mengandungi sampah yang dibawanya dari Lubuk Buntar itu.
"Saya dan keluarga saya serta lebih 1,200 penduduk sekitar sudah tidak tahan lagi dengan bau busuk yang berpunca daripada longgokan sampah tersebut yang berlanjutan bertahun-tahun itu," kata Ismail.
Gambar Hiasan |
Tinjauan Bernama di lokasi mendapati longgokan sampah tanpa sebarang tong sampah yang disediakan di situ jelas keadaan sampahnya berselerakan di sekitar yang menyakitkan mata memandang di samping bau busuk.
Ismail berkata dua laporan dibuat berhubung dengan kegagalan pihak MDBB memungut sampah di Taman Kelisa Indah, Lubok Buntar iaitu pertama kepada MDBB pada 7 Okt 2010 dan satu lagi di Balai Polis Serdang, di sini pada 16 Mac 2011 lalu.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Enviromen Idaman Sdn Bhd Mohd Saiful Anuar Zainal ketika dihubungi memberi jaminan bahawa pihaknya yang bertanggungjawab melupuskan sampah di kawasan MDBB akan mengatasi masalah tersebut secepat mungkin.
"Longgokan sampah berkenaan telah dibersihkan dan pita sekatan melarang orang ramai membuang sampah di situ juga dipasang di tempat tersebut dengan papan tanda sekali," kata beliau.
Katanya pihaknya juga telah mendapatkan kerjasama daripada MDBB untuk menanam pokok-pokok bunga di tempat bekas longgokan sampah di situ secepat mungkin.
"Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan boleh menggunakan talian bebas tol syarikat melalui talian Bebas Tol 1800-88-ENVO-(3684) dan e-mel aduan@e-idaman.com (laman sesawang :www.e-idaman.com)," katanya.
- Bernama
SATU MELAYU:
Begitulah jadinya apabila rakyat telah hilang sabar.
Nasib baik beliau hanya bertindak begitu, kalau dia mengamuk amacam?
Justeru, pihak yang terlibat dengan perkhidmatan kepada rakyat, tolonglah tinjau masalah rakyat dan fahami permasalahan mereka, kemudian selesaikan.
Cerita pihak berkuasa tempatan tak ambil sampah ikut jadual, malah ada yang langsung tidak dibuang hingga begitu lama kerap berlaku dan sering jadi rungutan rakyat.
Di mana silapnya dan apa masalahnya hingga begitu sulit jadinya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan