MAHKAMAH Tinggi pada Rabu menukar keputusannya dengan mmebenarkan permohonan pendakwaan untuk menerima tiga barang kes; botol air mineral, sebatang berus gigi dan sehelai tuala Good Morning, tetapi menolak permohonan kedua untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyediakan sampel DNAnya bagi perbandingan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu apabila beliau pada keputusan awalnya selepas perbicaraan-dalam-perbicaraan, mahkamah tidak mempunyai testimoni pegawai siasatan (IO) Supt Judy Blacious Pereira dan pegawai penangkapan Supt Ahmad Taufik Abdullah yang mengesahkan bahawa tangkapan itu pada 16 Julai, 2008 adalah sah.
"Saya memutuskan untuk mengecualikan barang kes itu oleh kerana pendakwaan tidak dapat mengemukakannya pada masa itu (perbicaraan-dalam-perbicaraan) dan oleh kerana permohonan ini dibuat setelah keterangan IO menyokong pendakwaan, kini bersetuju dengan keterangan mereka bahawa tangkapan terhadap tertuduh adalah sah," kata Mohamad Zabidin.
Mengenai permohonan kedua, beliau berkata setelah mengkaji Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan 1950, tidak ada peruntukan di bawah kedua-dua seksyen itu untuk mahkamah membuat perintah seperti tersebut.
"Kedua-dua seksyen menyatakan lebih pada tulisan tangan dan cap jari dan DNA tidak dimasukkan, sehubungan itu tidak ada kewajaran untuk mahkamah itu dan menolak permohonan kedua.
Mohamad Zabidin memerintahkan kedua-dua saksi pendakwaan, DSP Amidon Anan dan ahli kimia Nor Idora Saedon, dipanggil sebagai saksi dalam mengemukakan tiga barang kes itu yang diambil dari bilik lokap ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di mana Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008.
- Bernama
"Saya memutuskan untuk mengecualikan barang kes itu oleh kerana pendakwaan tidak dapat mengemukakannya pada masa itu (perbicaraan-dalam-perbicaraan) dan oleh kerana permohonan ini dibuat setelah keterangan IO menyokong pendakwaan, kini bersetuju dengan keterangan mereka bahawa tangkapan terhadap tertuduh adalah sah," kata Mohamad Zabidin.
Mengenai permohonan kedua, beliau berkata setelah mengkaji Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan 1950, tidak ada peruntukan di bawah kedua-dua seksyen itu untuk mahkamah membuat perintah seperti tersebut.
|
Mohamad Zabidin memerintahkan kedua-dua saksi pendakwaan, DSP Amidon Anan dan ahli kimia Nor Idora Saedon, dipanggil sebagai saksi dalam mengemukakan tiga barang kes itu yang diambil dari bilik lokap ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di mana Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan