Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 20 Mac 2011

Russia, China kecewa serangan ke atas Libya


CHINA melahirkan kekecewaannya terhadap serangan udara yang dilancarkan tentera Bersekutu ke atas Libya.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataannya hari ini berkata, kerajaan negara itu menentang penggunaan ketenteraan dalam menangani masalah perhubungan antarabangsa.

“China pritahin dengan berkembangan terbaru di Libya dan melahirkan rasa kecewa dengan serangan terhadap Libya," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Russia turut mengeluarkan kenyataan yang sama dengan menuntut agar satu gencatan senjata dilaksanakan seberapa segera di Libya.

China bagaimanapun tidak menyebut mengenai gencatan senjata tetapi menekankan negara itu amat menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keamanan di negara rantau Afrika itu.
- AFP

Tunjuk perasaan bantah perang

Sementara itu para penunjuk perasaan anti-peperangan membawa sepanduk di sekitar Bandaraya Los Angeles, California, hari ini sempena memperingati ulang tahun kelapan peperangan Iraq serta mendesak bebaskan Libya daripada peperangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog