Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 23 Mac 2011

ISU VIDEO SEKS: ‘Nizar Lambai’ sanggah kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS.... Ada perang dingin dalam Pas?


Anwar & The gang selepas buat laporan polis....
SETIAUSAHA Pas Perak, Mohd Nizar Jamaluddin atau ‘Nizar Lambai’ tidak sependapat dengan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam isu pendirian parti mereka terhadap Anwar Ibrahim dan ‘pakatan rakyat’, ekoran pendedahan terbaru video sex yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang berkenaan.

Ketika mengulas mengenai isu itu Nizar Lambai kata walau apapun tuduhan ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, PAS tetap tidak akan berpaling dari Pakatan Rakyat (PR).

Malah, PAS menganggap dakwaan bahawa Anwar merupakan lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada media pada Isnin merupakan serangan politik semata-mata.

Orang Perak menggelar makhluk ini 'Nizar Lambai'
Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata perkara tersebut tidak akan menjejaskan hubungan PAS dalam PR.

"Ia tidak menjejaskan hubungan PR kerana PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpegang teguh kepada prinsip bahawa ini adalah fitnah.

"Dalam PAS apabila kita menerima berita sebegini kita akan siasat terlebih dahulu. Apabila kita sudah sahkan berita ini maka kita hanya ketawa kerana ia jelas satu fitnah yang besar,” katanya kepada pemberita selepas menemani Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, Selasa.

Nizar Lambai berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewa Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang dilaporkan berkata parti itu akan menilai semula kedudukan mereka dalam PR sekiranya Anwar benar-benar terlibat sebagai si pelaku dalam video seks berkenaan.

Harun berkata, PAS tidak mahu dikaitkan dengan ahli politik yang mempunyai moral yang rendah dan tuduhan tersebut merupakan satu perkara yang serius serta perlu segera disiasat.

Mengulas lanjut, Nizar Lambai yang juga Ahli Jawatankuasa PAS pusat berkata parti itu berpegang teguh kepada prinsip setia kawan dalam PR.

"PAS tidak akan melatah dan terpengaruh dengan tipu helah sebegini. Kita akan lebih kuat dalam PR sebaliknya ia akan memakan diri orang yang membuat fitnah ini," katanya.

Bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan insiden berkenaan akan memberi kelebihan kepada PR dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak kerana rakyat akan membuka mata mengenainya.

"Ini satu ujian kepada PR dan pada masa yang sama ini satu hadiah kepada masyarakat supaya mereka membuka mata mengenai kerja jahat pihak tertentu.

"Ia sengaja dibuat memandangkan pilihan raya negeri Sarawak akan tiba tidak lama lagi. Namun ingin saya tegaskan di sini perkara ini tidak akan menjejaskan PR,” katanya.

Negara pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit berkenaan menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.
Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.

Begitulah lagak dan gaya Nizar Lambai membela Anwar Ibrahim dalam isu video sex yang pada tanggapan ramai sebagai satu helah Anwar mengalih pandangan umum mengenai isu DNAnya yang akan diputuskan oleh mahkamah esok – Rabu.

Kalangan pemerhati politik berpendapat bahawa isu DNA Anwar itu turut di desak oleh golongan ulama dalam Pas yang mahukan Anwar menyerahkan sampel DNAnya secara sukarela bagi membersihkan diri daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Gesaan golongan ulama dalam Pas itu menggusarkan Anwar dan keadaan itu memungkinkan Pas akan keluar pakatan dan bertanding bersendirian pada PRU-13 nanti, jika Anwar Ibrahim terus berdegil tidak mahu menyerahkan DNAnya.

Golongan tertentu dalam Pas kini sedang berperang sesama sendiri mengenai isu liwat Anwar dan desakan supaya Pas keluar dari pakatan semakin memuncak.

Nik Aziz dan Hadi Awang sedang bergelut dengan krisis senyap dalam Pas ekoran krisis dalaman gara-gara perangai buruk Anwar yang semakin terserlah kebenarnnya di mahkamah.

Justeru, Datuk T yang berperanan mendedahkan video sex itu berkemungkinan besar adalah tajaan puak Anwar yang mahu mengalih isu dan jika boleh mahu terus menangguhkan lagi perbicaraan kes liwat II yang sedang berlangsung kini.

1 ulasan:

Zakir berkata...

orang yang telah dihinggapi sindrom PBB (pekak, buta dan bisu) tidak akan menerima apa jua bentuk kebenaran andai perkara itu tidak memihak kepada mereka. hati mereka telah tertutup kepada kebenaran kerana diselubungi dengan perasaan dendam kesumat yang tiada tolok bandingnya sehingga apa juga yang berada dihadapannya dianggap bathil dan fitnah. golongan sebeginilah yang dinamakan munafik dunia akhir zaman kerana merekalah sebenarnya musuh utama ummat manusia dan merekalah yang bertanggungjawab ke atas pepecahan ummat manusia.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog