Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 22 Mac 2011

Video Seks: Anwar Buat Laporan Polis


Mukanya macam muka ana, tapi perutnya lebih buncit daripada perut ana! Lihatttt.... lihatttt.....
KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran video seks yang didakwa dirinya.

Beliau tiba pada pukul 10.35 pagi dengan diiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut menemani beliau termasuk pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), antaranya Naib Presiden, Tian Chua; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin dan bekas Timbalan Presiden, Prof Dr Syed Husin Ali serta Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Kira-kira 70 penyokong PKR turut berarak ke perkarangan IPD Dang Wangi.

Selepas hampir sejam setengah Anwar dilihat keluar daripada IPD Dang Wangi kira-kira pada pukul 12 tengah hari bersama isterinya.

Dalam laporannya, Anwar mendakwa individu yang menyebar dan menayangkan video seks berkenaan telah melakukan jenayah fitnah, intimidasi jenayah serta terlibat dalam konspirasi terancang untuk menjatuhkan kredibiliti politik serta mengaibkan beliau.

"Saya percaya ada penglibatan pihak-pihak tertentu di sebalik mereka ini yang telah kelihatan di Carcosa Seri Negara dan mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka.

"Saya menuntut satu siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah dijalankan dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga saya di bawa ke muka pengadilan," katanya.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Berita yang bagaikan satu ledakan bom ini menimbulkan pelbagai persepsi.
Ada yang kata, ya dan ada berkata tidak.
Ada pula yang kata ianya isu yang sengaja ditumbulkan oleh puak Anwar untuk alihkan isu DNAnya yang mendapat perhataian rakyat melalui pelbagai tunjuk perasaan seluruh negara baru-baru ini.

Cuma yang agak pelik ialah bilamana ramai juak-juak Anwar menafikan berliau terlibat sedangkan mereka belum pun melihat video berkenaan.
Tanpa usul periksa, terus menyanggah berita yang tersebar dan memihak kepada Anwar yang tidak mengaku dirinya seperti yang tardapat dalam video yang diisukan.

Entahlah! Semuanya serba berkemungkinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog