Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 21 Mac 2011

BOM MELETOP! Rakaman Video Aksi Seks Pemimpin Tertinggi Pembangkang Dipertontonkan Kepada Wartawan.....


DUNIA politik tanah air pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit itu menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai seorang pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.

Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.

Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini.

Katanya, jika ahli politik kanan berkenaan dikenal pasti, pemimpin itu dan isterinya perlu 'mengundurkan diri dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti mana yang digambarkan'.

Kata Datuk T lagi, jika kedua-dua mereka enggan berundur, beliau akan memanggil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk satu panel bebas serta mengupah pakar forensik bagi mengkaji keaslian rakaman berkenaan.

Beliau mendakwa secara tidak sengaja menemui pita rakaman terbabit selepas diminta oleh pemimpin politik berkenaan mencari jam tangannya yang tertinggal di bilik di mana rakaman itu dipercayai dilakukan.

"Saya tidak menemui jam tangan itu di atas meja, jadi saya cari di belakang meja solek. Saya terkejut terlihat banyak wayar di belakangnya.

"Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.

"Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakam CCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu," dakwanya lagi.

Beliau bertegas tidak menyerahkan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan disebarkan.

Wakil-wakil media termasuk The Star dipertontonkan rakaman tersebut melalui komputer peribadi di bilik itu yang dikawal ketat.

Sebelum masuk, wartawan The Star diperiksa dan telefon bimbitnya diambil.

Lain-lain media termasuk dari BERNAMA, New Straits Times, Utusan Malaysia, China Press, portal berita Internet, agensi berita asing dan sekurang-kurangnya seorang wakil daripada organ pembangkang turut hadir.

Rakaman berkenaan menunjukkan imej yang jelas akan pemimpin pembangkang berkenaan dan wanita terbabit berkulit cerah yang dipercayai dari Asia Timur.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam reaksi segeranya menerusi laman Tweeter menyifatkan ia adalah rakaman palsu.
- mStar

SATU MELAYU:
Berita ini masih tidak menyebutkan nama pemimpin politik yang dipertontonkan video perlakuan seks dengan wanita asing itu.

Bagaimanapun, berdasarkan ayat  ‘....Ahli Parlimen berprofil tinggi....’ dan ‘....pemimpin itu dan isterinya perlu 'mengundurkan diri dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti mana yang digambarkan', agak memudahkan pembaca menekanya. Siapa pemimpin yang suami isteri jadi ahli politik?

Begitu juga dengan ayat akhir tulisan ini yang merujuk kepada ulasan ‘Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam reaksi segeranya menerusi laman Tweeter menyifatkan ia adalah rakaman palsu’. Kenapa hamba Allah ini yang dituliskan komennya?

Fikir-fikirlah sendiri siapa yang diperkatakan!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog