Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 20 Mac 2011

PRN Sarawak: Abdul Taib Akan Namakan Pengganti


DATUK Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa beliau dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mencapai kata sepakat berkaitan pengganti Ketua Menteri itu selepas Pilihan Raya Negeri itu nanti.

Perdana Menteri berkata, Abdul Taib memerlukan sedikit masa untuk memastikan siapa penggantinya yang boleh menjamin kestabilan dan kekuatan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan akan berterusan.

"Saya cakap secara terang bahawa Taib dan saya dah ada persefahaman bahawa apa yang penting ialah peralihan secara tersusun dan teratur," katanya kepada pemberita di Kuching, Sabtu.

Beliau mengulas mengenai hasrat Abdul Taib, yang genap 30 tahun menerajui pentadbiran negeri ini pada 26 Mac ini untuk berundur sebagai Ketua Menteri.

Kata Abdul Taib, beliau bercadang berbuat demikian sejak 2006 tetapi terpaksa menangguhkannya kerana tidak dapat dilaksanakan.

Sementara itu, Pengerusi BN negeri itu ketika ditanya sama ada penyerahan pentadbiran negeri kepada kepimpinan baru dijangkakan pada pertengahan penggal, beliau tidak menolak kebarangkalin itu.

"Ia mungkin. Saya harap semua orang akan bersetuju," katanya

Beliau juga akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian di samping telah diminta oleh pucuk pimpinan BN supaya mengetuai jentera pilihan raya negeri.

Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili, Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lepas.

DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.
- mStar

SATU MELAYU:
Politik Sarawak tidak sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dari komposisi kaumnya.
Justeru, pertimbangan politiknya juga tentulah berbeza.

Tunjang Barisan Nasional Sarawak ialah PBB yang diketuai Taib Mahmud.
Kalau PBB goncang, maka BN Sarawak juga akan turut bergegar. Oleh itu, apa yang dilakukan oleh Taib dan disetujui pula oleh DS Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional pusat adalah demi kemantapan PBB dalam menghadapi pilihan raya negeri nanti.

Selain itu, pengalaman Taib Mahmud dalam pilihan raya di Sarawak sangat diperlukan.
Keadaan Taib di Sarawak boleh disamakan seperti Lee Kuan Yew di Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog