Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 23 Mac 2011

ISU VIDEO SEKS: Anwar cuba alih isu DNA

KEPIMPINAN Pas di kalangan kumpulan ulama dipercayai telah memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim agar menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan kebenaran.

Dua ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin mendakwa, maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Zulkifli, maklumat itu diterima mereka daripada rakan lama dalam PKR yang amat diyakini dan dipercayai kerana pernah beberapa kali memberi maklumat tepat sebelum ini.

“Oleh itu, Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan esok (Rabu).

“Di sinilah video itu memainkan peranan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau mengulas mengenai rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar.

Anwar telah mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dalam video berkenaan dan juga membuat laporan polis berhubung kes itu.

“Jangan kita terperangkap. Tiada siapa tuduh Anwar, tetapi dalam masa kira-kira tiga jam selepas pendedahan itu, beliau mampu buat sidang akhbar mendakwa bukan ‘pelakon’ video tersebut selain kata perut buncit. Dia kata tidak tengok, tetapi mana dapat maklumat?

“Selain itu, pagi ini beliau membuat laporan polis, perkara yang tidak pernah dilakukannya dalam tuduhan-tuduhan sebelum ini. Pada saya, kecepatan dan ketangkasan beliau bertindak sangat meragukan. Soalnya, mengapa dalam soal ini cepat bertindak, isu DNA pula lambat?” katanya.

Justeru, beliau mencabar Anwar untuk turut sama bertindak pantas menyerahkan sampel DNAnya bagi menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’.

Sementara itu, Zahrain mempersoalkan kenyataan Anwar semalam yang mendakwa video seks itu timbul kerana beliau telah menang di mahkamah dalam kes liwat.

“Bukankah itu merupakan tindakan menghina mahkamah? Bagi saya, beliau bersikap double standard kerana pernah menggesa agar polis menangkap individu mendesak beliau menyerahkan DNA,” katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Isu-isu politik mengenai Anwar Ibrahim semakin panas. Sama panasanya dengan isu salahlaku seks yang didakwa dilakukannya sebagaimana yang sedang dibicarakan di mahkamah dan apa yang didedahkan oleh Ummi Hafilda.

Segalanya tidak mustahil dilakukan oleh insan ‘Anugerah Tuhan’ itu kerana kehebatannya dalam bidang putar belit dan kong-kalikong memang diketahui umum. Memang terbukti melalui pengalaman rakan-rakan beliau yang telah lintang-pukang meninggalkan PKR.

Yang kesian kerana tak pasai-pasai terjebak sama dalam kancah isu moral Ketua Pembangkang itu ialah parti dan pemimpin Pas. Kerana mengharapkan Anwar jadi PM, semoga melaluinya akan tercapai hasrat beberapa pemimpin Pas untuk jadi menteri, parti yang kononnya memperjuang agama Islam itu jadi haru-biru dan semakin dipinggirkan oleh orang Melayu.

Kerana kurang arif dengan agenda politik Anwar Ibrahim dan DAP, Pas kini terbukti telah jadi mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog