Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 23 Mac 2011

ISU VIDEO SEKS: Misteri "Datuk T" Terjawab. Ada kisah dendam disebalik isu?


Datuk Shazryl Eskay Abdullah...... 'salah seorang Datuk Trio'

MISTERI di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab pada Rabu.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara dua hari lepas.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik di sebuah hotel di sini petang ini.

Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.
- Bernama

SATU MELAYU:
Tan Sri Rahim Thamby Chik
Begitu kisahnya! Hebat juga yerrr?
Apa yang memeranjatkan ialah rupa-rupanya antara individu terlibat ialah bekas KM Melaka, TS Rahim Thamby Chik. Yang lain tu tak penting sangat untuk dibicarakan.

Persoalannya, kenapa TS Rahim bertindak demikian?
Kepada yang masih ingat, tentu tidak lupa bahawa apa yang dilakukan oleh TS Rahim itu merupakan suatu tindakan balas dendam atas kejatuhannya dahulu.
Beliau juga jatuh kerana isu yang lebih kurang sama, tapi tak serupa.

Semasa isu seks TS Rahim jadi heboh hingga akhirnya beliau terpaksa mengosongkan kerusi KM Melaka dahulu adalah gara-gara kerjalaku Anwar Ibrahim dan konco-konconya atas sebab-sebab politik yang hanya mereka sahaja yang dapat jelaskan.

Kini, tiba pula masanya TS Rahim membalas dendamnya ke atas orang yang pernah menabur pasir ke dalam periok nasinya dahulu.

Bak kata orang Perak: Bergilir-gilir mandi di pancuran.
Wallahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog