Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 25 Jun 2011

Orang Melayu Perlu Tahu Siapa Sebenarnya Ambiga

RAKYAT Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat bahawa tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya kepada Bernama.

Tegasnya keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zainal Kling pula menyifatkan semua golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu adalah tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak 'bersih'.

"Mereka sebenarnya lebih baik melakukan tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan sebagai NGO.

"Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti masing-masing seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik, dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.

Zainal turut menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi 'kekotoran' yang sedang berlaku dalam parti pembangkang.

"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan mereka meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara," katanya.

Rakyat patut mengambil iktibar dan memerhati perilaku serta taktik parti pembangkang yang menggunakan politik semata-mata untuk kepentingan kekuasaan mereka sendiri, katanya.
- Bernama


SATU MELAYU:
Kejayaan Bersih 1 mahu diulangi dengan kejayaan lebih besar.....
Kalau begitu, sahlah bahawa si Ambiga ni bagaikan mencari peluang untuk menghuru-harakan negara kerana pelbagai usahanya melalui NGO untuk melumpuh dan melemahkan Islam serta orang Melayu sebelum ini menemui jalan buntu. Dia bagaikan ada agenda yang terpaksa dilakukan sepertimana yang telah diamanahkan kepadanya oleh kuasa asing.

Melihatkan Anwar Ibrahim dan para penyokong ‘pemimpin rosak moral’ itu begitu terdesak dengan kes liwat II - di mana Anwar terpaksa membela diri pada 16 Julai nanti, Ambiga merancang menggunakan mereka sebagai alatnya untuk menghuru-harakan negara Malaysia.

Ambiga memperalatkan emosi puak pembangkang – Melayu PKR dan PAS, yang sedang ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana masalah parti masing-masing yang semakin tidak mendapat sokongan orang Melayu.

PKR senak kerana Anwar Ibrahim jelas tidak lagi diterima rakyat kerana kes liwat II dan isu video seks telah mengheret Ketua Pembangkang itu dalam skandal terhebat seorang pemimpin pembangkang di Malaysia. Temberang dan kelentong Anwar dah tak laku. Pendedahan demi pendedahan oleh bekas rakan-rakannya yang keluar parti, diterima serta diyakini rakyat.

Sementara PAS, sedang bergelut dengan kemerosotan sokongan kerana tanpa diduga oleh ahli-ahli dan penyokong tegarnya, Presiden parti telah membubarkan perjuangan Islam dari parti itu, semata-mata kerana percayakan janji Anwar dan Lim Kit Siang bahawa PAS akan mendapat sokongan kaum Cina jika parti itu menggugurkan perjuangan Islam.

Semua itu diambil kesempatan oleh Ambiga untuk menganjur Bersih 2. Dia tahu Melayu PKR dan Melayu PAS akan turut serta membantu agendanya menghuru-harakan negara.

Kalaupun berlaku darurat kerananya, Ambiga tidak akan terjejas kerana yang menyertainya 99% orang Melayu. Yang mungkin menerima akibat kerananya nanti ialah orang Melayu dan pemimpin PAS serta PKR. Bukan Ambiga dan NGOnya.

Pengalaman Bersih 1 membuatkan Ambiga yakin perhimpunan anjurannya kali kedua akan berjaya menepati apa yang dirancangnya.

Yang jadi bodoh dan bangang ialah orang Melayu puak pembangkang. Mereka tidak sedar si Ambiga mahu menjadikan negara ini hancur-lebur sebagaimana pergolakan di Mesir dan lain-lain negara Islam di Timur Tengah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog