Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 20 Jun 2011

DEDAH: Menanti Anwar, Nik Aziz, Hadi dan Mat Sabu tuduh YB Zul memfitnah...

Yang kene kelentong....
Yang jadi tukang kelentong....
Yang mendedahkan....
YB Datuk Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru semakin galak mendedahkan kisah pembohongan dan temberang bekas bossnya – Anwar Ibrahim, melalui temuramah media dan ceramah-ceramah umum di seluruh negara.

Sebelum ini, YB Zul hanya menulis di blognya sahaja, tetapi setelah mendapat sambutan ramai beliau bertindak lebih berani lagi di mana segala pendedahan demi pendedahan dilakukan melalui ceramah-ceramah yang divideokan dan disiarkan pula para blogger.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada penafian atau tindakan saman oleh Anwar Ibrahim atas kenyataan dan pengakuan YB berkenaan.

Di masa sama, rakyat juga belum mendengar komen pedas atau tuduhan bahawa Zulkifli ini melakukan fitnah terhadap Anwar Ibrahim oleh penyokong tegarnya seperti Nik Aziz, Hadi Awang mahupun Mat Sabu.

Kenapa yer? Apakah mereka mengakui kebenaran kata-kata pendedahan YB berkenaan hinggakan tak berani langsung bersuara? Atau takut lebih banyak lagi yang terdedah kalau YB itu disanggah?

Tak sangka, rupa-rupanya ada juga insan yang mereka takuti....

Anwar tak berani komen kenyataan YB Zul?
Hari ini Utusan Malaysia memberitakan pengakuan dan pendedahan oleh YB Zul mengenai pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi, di mana beliau sendiri memainkan peranan penting.

Bekas peguambela Anwar Ibrahim itu mengesahkan bahawa Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebenarnya diperdaya ketika ulama tersohor itu mengeluarkan fatwa menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat.

Beliau yang merupakan antara individu bertanggungjawab di sebalik muslihat itu mendedahkan, semua helah itu dirancang oleh Anwar bagi memastikan Dr. Yusuf percaya, bahawa pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar.

“Kita memang memperdaya Dr. Yusuf supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita atur supaya keluar daripada mulut beliau pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) dari mulut Dr. Yusuf, ini fitnah, ini qazaf. Kita nak (yang) itu.

“Saya selaku peguam diarah mainkan peranan beri gambaran kepada Dr. Yusuf bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998. Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu, pasti dia akan kata fitnah dan qazaf. Apa yang kita rancang itu menjadi.

“Kita tidak beri gambaran sebenar, iaitu Mohd. Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini kakitangan dia, mengadu diliwat Anwar. Kita tidak beritahu ada DNA (asid deoksiribonukleik), kita tak pernah beritahu semua itu,” katanya seperti dipetik dari laman blog, http://www.anwaraidc.com.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata demikian ketika ditemu bual secara eksklusif oleh blog tersebut di Parlimen baru-baru ini.

Ditanya kenapa Anwar memerlukan fatwa Dr. Yusuf, beliau yang sebelum ini sanggup bermati-matian mempertahankan ketua pembangkang itu berkata, ia kaedah paling mudah untuk menguasai mentaliti orang Melayu kerana mereka akan percaya kata-kata ulama.

“Saya pernah sembang dengan Anwar. Dia kata, orang Melayu ini, kalau hang (kamu) keluar televisyen, dia percayalah. Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Dr. Yusuf boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia gunalah,” jelasnya.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata, kini beliau sudah sedar dan berasa cukup berdosa bukan sahaja kepada Dr. Yusuf, tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya kerana Anwar sering kali memperalatkan fatwa tersebut bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Zulkifli menambah, beliau bertindak demikian pada waktu itu kerana taksub, sehingga akur kepada setiap arahan Anwar, tetapi kini bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepadanya berjumpa orang tertentu bagi memohon maaf.

“Kita buat silap, kita mengaku. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk betulkan balik. Bila tengok balik, banyak dosa, sampai ulama macam itu pun, kita boleh memperdaya supaya percaya isu Anwar difitnah.

“Saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk jumpa orang tertentu dan minta maaf. Saya dah buat. Saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk jelaskan perkara sebenar dan kalau lepas itu, beliau masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah,” ujarnya.
- Sumber UtusanOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog