Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 21 Jun 2011

Wakil Rakyat Pembangkang Digesa Letak Jawatan....

SEMUA wakil rakyat pembangkang diminta supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka masih bertegas untuk menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, ini disebabkan kesemua mereka tidak mempercayai sistem demokrasi dan pilihan raya yang diamalkan di negara ini.

Beliau berkata, sekiranya mereka enggan berbuat demikian, ia membuktikan bahawa pihak pembangkang yakin dengan sistem sedia ada dan mengiktiraf hak rakyat untuk memilih.

"Saya ingin bertanya, adakah wakil rakyat pembangkang yang mendapat jawatan tersebut atau gelaran 'Yang Berhormat' secara sah? Jika ya, mereka telah mengakui bahawa pilihan raya ini diadakan dengan adil dan untuk apa lagi perhimpunan Bersih.

"Tetapi jika wakil rakyat ini masih bertegas mengatakan sistem demokrasi di negara ini tidak betul, ia bermakna mereka memegang jawatan secara tidak sah kerana mereka dipilih melalui sistem pilihan raya yang tidak sah, maka mereka perlu meletakkan jawatan," katanya pada sidang akhbar di Kota Baharu pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat pihak pembangkang untuk meneruskan perhimpunan haram Bersih di ibu negara pada awal bulan depan.

Wan Khairul Ikhsan yang juga Timbalan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) menyifatkan perhimpunan haram tersebut hanya satu polemik dan strategi politik untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kekuatan pembangkang di negara ini masih sama seperti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Kalau benar Pilihan Raya Umum 2008 tidak bersih, masakan mereka memenangi lebih 80 kerusi di Dewan Rakyat dan menawan lima buah negeri. Ini adalah perhimpunan yang 'tidak bersih' untuk menyusahkan rakyat.

"Saya pernah terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 2007 dan tahu bagaimana cara mereka bergerak, tetapi kali ini saya percaya ia tidak akan berjaya serta tidak mendapat sambutan daripada rakyat," katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Inikah pengikut dan penyokong Ambiga?
Ya tak ya jugak. Tapi beranikah mereka letak jawatan? Sedangkan apa yang mereka kejar dan bermati-matian berjuang hingga ada yang sanggup mencampakkan ke laut dasar perjuangan parti adalah kerana mahukan kuasa melalui PRU-13.

Kerana hendakkan undi kaum Cina yang sangat takut dengan Islam, Pas sanggup tukar dasar parti demi untuk dapat undi pada PRU akan datang.

Kalau sistem pilihan raya negara ini tak bagus dan tak boleh dipercayai kenapa Pas tukar dasar untuk raih undi kaum Cina? Bukankah itu bermakna Pas masih percaya sistem pilihan raya sedia ada dan perubahan dasar parti itu adalah sebagai usaha untuk menang melalui sistem yang ada.

Persoalannya sekarang, berapa ramai rakyat negara ini, terutamanya anak Melayu yang jadi bodoh dan bangang kerana tak mampu menggunakan otak untuk berfikir?

2 ulasan:

TiS berkata...

Salam Pak Sulung,
Dia orang kalau boleh dah tak mahu lagi pilihanraya, kalau boleh nak kekal jadi YB sampai mati.

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Mereka ni penakut, sebab tu terpaksa menghasut rakyat untuk bersama mereka merusuh tak tentu hala... Biarkan MP dan Adun puak pembangkang aje yang berhimpun kerana yang dipersoalkan sangat bersih ke tidak bersih adalah jawatan yang mereka menang dalam PRU 12... Cukup-cukuplah membodohkan rakyat... Anwar pun cari makan ha..ha.. kat Malaysia sebagai MP... haru betullah...

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog