Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 23 Jun 2011

Pemuda Kimma Mohon Sultan Perak Tarik Balik Pingat Ambiga

PERGERAKAN Pemuda Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma), Khamis, menghantar memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, supaya mempertimbang untuk menarik balik gelaran Datuk kepada Ambiga Sreenevasan, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.

Memorandum itu diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Shamsul Baharin Hasan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Ketua Pemuda Kimma, Amir Hamzah Abdul Rajak berkata permohonan itu dibuat kerana tindakan Ambiga yang cuba "bertindak di luar batasan undang-undang" untuk menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Katanya, Ambiga yang juga Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) cuba mengheret rakyat terutama golongan belia untuk menyertai perhimpunan itu.

Amir Hamzah berkata tindakan menganjurkan perhimpunan itu boleh menyebabkan rakyat menghadapi risiko keselamatan.

Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor turut memohon agar Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang dikurniakan oleh Sultan Perak kepada Ambiga ditarik balik.
- Bernama

SATU MELAYU:
Satu memo yang baik, tapi masih tertakluk kepada budibicara Paduka Sultan.
Kalau Ambiga perlu ditarik gelaran Datuk yang pernah diberikan kepadanya, bagaimana pula dengan Sheikh Anwar Ibrahim yang menerima pelbagai darjah kebesaran semasa berada dalam Umno dahulu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog