Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 25 Jun 2011

Kes Video Seks: Video tulen, pelaku seks serupa Anwar

DUA pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa rakaman video membabitkan lelaki yang dikatakan mirip seorang pemimpin parti pembangkang yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu adalah tulen iaitu tidak ada sebarang tampering (diubah-ubah) dan super impose (pertindihan imej) dilakukan.

Analisis pengecaman wajah oleh pakar tersebut terhadap pelaku seks lelaki dalam rakaman video yang berasal daripada alat perakam yang dirampas daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga mendapati ia adalah menyerupai Anwar Ibrahim.

Demikian kandungan fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jumaat, selepas Trio Datuk ‘T’ iaitu Shazryl, Datuk Shuaib Lazim dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan berhubung penayangan secara terbuka video tersebut.

Shazryl ketika diminta mengesahkan fakta kes itu bagaimanapun menegaskan: ‘‘Saya faham, kecuali para (perenggan) yang terakhir bukan menyerupai tapi adalah Anwar Ibrahim. Saya setuju.’’

Dua pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, AS yang menjalankan analisis itu ialah Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani.

Shazryl, 51, dan Shuaib, 72, yang merupakan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), sebelum itu masing-masing mengaku bersalah atas tuduhan bagi mencapai niat bersama telah menayangkan secara terbuka benda yang lucah iaitu adegan hubungan seksual di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan.

Kejadian itu didakwa dilakukan di antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, Kuala Lumpur.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun serupa, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Abdul Rahim, 61, yang juga bekas Ketua Menteri Melaka pula mengaku bersubahat dengan mereka berdua mengikut seksyen yang sama dibaca bersama Seksyen 109 kanun tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kamaludin Md. Said, pengadu dalam kes tersebut ialah Anwar sendiri.

Dengan pengakuan bersalah trio tersebut, Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara tiga bulan ke atas Shazryl; denda RM1,500 atau penjara dua bulan terhadap Shuaib; dan denda RM1,000 atau penjara satu bulan ke atas Abdul Rahim.

Menurut Aizatul, beliau menjatuhkan hukuman itu berdasarkan faktor kepentingan awam yang diseimbangkan dengan faktor kepentingan tertuduh-tertuduh, pertimbangan mitigasi (rayuan), pengakuan bersalah pada seawal-awal prosiding, pesalah pertama dan latar belakang setiap tertuduh.

Pada prosiding hari ini, Aizatul turut membenarkan permohonan peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim supaya rakaman video daripada peranti storan media (pendrive) yang diserahkan kepada mahkamah sebagai bahan bukti, ditayangkan bagi mengesahkan ia adalah peranti yang betul.

Rakaman tersebut kemudian ditayangkan secara terbuka melalui dua unit televisyen di dalam mahkamah selama hampir tujuh minit dengan adegan aksi seks pasangan itu telah dimaju laju (fast forward).

Sementara itu, fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan juga menyatakan bahawa keterangan mendapati bahawa rakaman video tersebut diambil dalam sebuah bilik apartmen di Ampang di ibu negara.

‘‘Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di apartmen tersebut dan telah mendapati kehadiran Anwar bersama Shazryl di lobi apartmen tersebut pada 21 Februari 2011,’’ menurut fakta kes itu.

Terdahulu, menurut fakta kes itu, pada hujung Februari lalu, Shazryl telah menemui Shuaib di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Anwar dengan seorang perempuan warganegara China.

Shazryl dan Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju berjumpa Abdul Rahim berkenaan kandungan peranti itu memandangkan ia adalah sensitif dan melibatkan kepentingan negara.

Shazryl dan Shuaib kemudian menemui Abdul Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang di ibu negara dan setelah berbincang, mereka bertiga bersetuju menayangkan rakaman video tersebut dan memutuskan memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara.

Pada 20 Mac lalu, Kamarulail Sulaiman atas arahan Abdul Rahim, telah menempah Bilik Seri Makmur atas nama Abdul Rahim bermula dari hari tersebut sehingga 21 Mac lepas.

Pada hari yang sama, Shazryl telah meminta Ketua Wartawan The Star, Sirajinisa Habibu Mohd. untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu berkaitan satu cerita besar demi kepentingan negara.

Pada tarikh tersebut, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di hotel itu seawal pukul 9 pagi dan Shazryl telah meminta Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur bagi menyaksikan tayangan video itu.

Penayangan rakaman video itu kemudian dilakukan pada pukul 10 pagi oleh Shazryl menggunakan sebuah unit pemprosesan pusat (CPU) LCD jenama Lenovo kepunyaan ahli perniagaan itu.

Semasa tayangan, Shazryl telah memberi penerangan mengenai rakaman itu dan menjelaskan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara lelaki terbabit dengan wanita warganegara China.

Secara keseluruhannya, sebanyak 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman tersebut secara berulang yang mengambil masa di antara 20 dan 25 minit. Tayangan terakhir tamat kira-kira pukul 12 tengah hari.

Anwar pada 22 Mac lalu pula telah membuat laporan polis berhubung penayangan video tersebut.

Sehari selepas itu, satu sidang media telah diadakan oleh Shazryl dan Abdul Rahim di Hotel Impiana KLCC dengan kedua-duanya mengaku bersama Shuaib, bertanggung-
jawab menayangkan rakaman tersebut.

Pada 24 Mac lalu, Shazryl dan Abdul Rahim telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan Shazryl turut menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks tersebut. Shuaib pula menyerah diri pada keesokan harinya.

Fakta kes juga menyebut bahawa rakaman video itu mengandungi aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel.
- UtusanOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog