Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 23 Jun 2011

Kekalkan Yang Baik, Buang Yang Tidak Baik - Dr M

MALAYSIA harus mengekalkan apa yang baik dalam sistem politiknya dan membuat perubahan hanya jika ada keperluan (berbuat demikian) kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis.

"Kita harus kekalkan apa yang baik dan buang yang tidak baik. Kita harus berubah...tetapi kita harus berubah hanya kerana ia perlu dan baik untuk kita ... Kita tidak harus berubah semata-mata kerana semua orang lain berubah," tegas beliau dalam ucaptamanya pada Forum CEO 2011 bertajuk "Politik Malaysia: Haruskah Ia Juga Berubah bersama dengan Transformasi Ekonomi" di sini hari ini.

Forum itu dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana.

Kata beliau: "Misalnya, orang berkata ada rasuah dalam sistem, kita boleh ubah sistem dan rasuah akan terhapus. Rasuah berlaku di mana-mana di dunia dan kita tidak boleh mengubah keadaan ini hanya dengan menukar sistem."

Dr Mahathir berkata Malaysia boleh membangunkan sistemnya sendiri dengan bentuk konsensus Beijing dan konsensus Washington yang diubah suai.

"Saya rasa kita telah bercakap tentang konsensus Washington, tetapi hari ini kita ada alternatif, kita ada konsensus Beijing," kata beliau.

Menurut Dr Mahathir, China telah berjaya berubah dengan pertumbuhan ekonomi yang membanggakan.

"Kita boleh contohi apa yang terbaik daripadanya dan membuat rumusan kita sendiri yang sesuai bagi negara kita kerana negara kita ini unik... kita ada pelbagai kaum dan identiti," katanya.

Kata beliau transformasi harus terhasil daripada budaya berfikir dan bukan daripada sistem sebenarnya.

"Yang penting, bukanlah sangat terletak pada sistem, ia lebih kepada sikap mental seseorang. Jika sikap mental tidak serasi dengan sistem, apa pun tidak akan tercapai. Meskipun kita merupakan demokrasi liberal yang hebat, ia tidak bermakna jika mempunyai sikap mental yang salah.

"Dalam demokrasi, sikap mental paling penting ialah penerimaan. Dalam sistem demokrasi, kita boleh kalah, dan kita mesti terima," tegas Dr Mahathir.

Tentang sebab Malaysia mengamalkan "Dasar Pandang Ke Timur", Dr Mahathir berkata: "Mereka ada ide yang baik dan merupakan orang yang berjaya pada masa itu...disebabkan oleh teknologi mereka, keupayaan mengurus dengan baik dan mempunyai pasukan tentera yang teratur."

Kata beliau lagi: "Semasa itu berlaku rosotan ke belakang di Barat dan kemajuan di Timur. Mereka pulih lebih cepat daripada Barat. Kita ambil apa yang sesuai daripada Jepun."
- Bernama

SATU MELAYU:
Apa nak buat Tun, ada sebahagian rakyat negara kita ini bukannya berfikir seperti yang Tun fikir, jauh sekali untuk menerima apa yang Tun katakan hasil fikiran yang bernas.

Mereka bukan mahu berubah dari yang tak baik kepada yang baik, tetapi mareka mahu menukar yang baik dengan yang tak baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog