Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 19 Jun 2011

NEGARA KEBAJIKAN: JAKOA Belanja RM200,000 Setiap Tahun Untuk Tuisyen Bagi Pelajar Orang Asli

Hiasan: Anak Orang Asli yang ceria.....
JABATAN Kemajuan Orang Asli (JAKOA) membelanjakan RM200,000 setiap tahun untuk mengadakan kelas tuisyen bagi membantu pelajar dari masyarakat Orang Asli mencapai keputusan lebih baik dalam peperiksaan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Nisra Nisran Asra Ramlan, berkata jumlah perbelanjaan itu merupakan sebahagian daripada peruntukan RM20 juta yang disediakan oleh kerajaan pusat untuk pendidikan masyarakat itu.

Katanya semakin ramai pelajar Orang Asli mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Orang Asli 2010 peringkat negeri Kelantan di Lojing, dekat sini, hari ini.

Nisra Nisran berkata pada tahun lepas, pencapaian pelajar masyakarat Orang Asli boleh dianggap terbaik, terutama di Kelantan kerana ada yang memperolehi 5A bagi UPSR, 7A untuk PMR dan 10A bagi SPM.
- Bernama

Ini pula ialah kebajikan jenis Pas....
SATU MELAYU:
Apakah ini bukan kebajikan yang dilakukan kerajaan untuk rakyatnya? Dan berapa lama usaha seperti ini telah dilakukan?
Kepada mereka yang mahu tahu apa itu ‘Negara Kebajikan’, inilah satu contoh nyata. Bukannya sekadar omong kosong yang menipu dan membohongi rakyat memperjuangkan negara kebajikan, tapi habuk pun tarak....
Sesungguhnya ada banyak lagi kebajikan yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia pimpinan Umno/BN sejak dulu, kini dan selamanya, nukan hanya untuk modal politik ketika berdepan pilihan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog