Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 21 Jun 2011

9 Julai: Debaran menanti tiga kumpulan Melayu bertempur sama sendiri kerana Ambiga....

PERHIMPUNAN Bersih 2 tetap dilaksanakan seperti dirancang pada 9 Julai 2011. Ambiga yang mengasaskan Bersih mendapat sokongan padu parti pembangkang – Pas dan PKR, walaupun ada percubaan Anwar Ibrahim berdrama konon dia boleh hentikan perhimpunan berkenaan.

Bagaimanapun, Ambiga – wanita Hindu yang anti-Islam dan Melayu, menolak cadangan Anwar dan bertegas mahu meneruskannya. Pemimpin Pas seperti Mat Sabu berjanji akan menurunkan ratusan ribu penyokong Pas menyertai perhimpunan itu. Menteri Besar kerajaan PKR Selangor juga turut berjanji akan turut serta dalam perhimpunan itu nanti.

Sementara di pihak yang menentang Bersih juga akan mengadakan perhimpunan membantah apa yang cuba dilakukan oleh pengkhianat negara pada 9 Julai itu nanti.

NGO Perkasa dan beberapa pertubuhan lain merancang akan menentang perhimpunan Bersih 2 dengan dikepalai oleh Datuk Ibrahim Ali.

Kepada pihak penentang, apa yang mereka akan lakukan adalah demi mempertahankan keamanan negara, maruah bangsa dan agama Islam.

Tidak ketinggalan, Pemuda Umno yang diketuai Kahiry Jamaluddin juga merencanakan satu perhimpunan sama seperti yang diketuai Ibrahim Ali dengan tujuan serupa. Bagaimanapun, antara kumpulan Perkasa dan Pemuda Umno ada semacam persaingan dan saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Tak sebulu....

Hero Pas yg akan beraksi 9 Julai nanti
Tidak syak lagi, senario sebelum 9 Julai ini telah menimbulkan ketegangan sesama umat Melayu/Islam. Masing-masing mendakwa gerakan dan tujuan mereka betul dan benar.

Ternyata apa yang dirancang oleh pengkhianat negara yang menganjurkan Bersih 2, awal-awal lagi telah berjaya memecah-belahkan kesepakatan dan perpaduan kaum Melayu. Kelihatannya seolah-olah tiga kumpulan Melayu telah bersedia untuk bertempur pada hari tersebut – Bersih, Perkasa/NGO Melayu dan Pemuda Umno.

Kuasa asing yang mendalangi gerakan menghancurkan umat Melayu/Islam di Malaysia melalui Bersih telah berjaya menyalakan api perbalahan sesama Melayu. Hasrat mereka menghancurkan negara Islam Malaysia mula membuahkan hasil.

Bila Melayu sesama Melayu berbalah.... kehancuran dan kemusnahan sebuah negara bangsa berada di jurang bahaya. Bila Melayu hancur, Islam pun akan terkubur.

Islam di Nusantara sentiasa berada dalam perhatian puak anti-Islam. Setelah Islam di Indonesia berjaya dilumpuhkan melalui tekanan ekonomi yang tak diketahui entah bila boleh bangkit, jirannya Malaysia pasti akan tiba gilirannya.

Setelah semua negara Islam berjaya dihuru-harakan serta dipecah-pecah dan diperintah kuasa politik dan ekonominya, apakah tidak mustahil kini tiba pula diliran negara bertuah bernama Malaysia ini menerima gilirannya?

Bila Melayu sama Melayu bergaduh dan berbalah secara tidak langsung umat Islam di negara ini telah berjaya dipecah-belah atau dipecah dan diperintah sebagaimana yang berlaku di negara-negara Islam kawasan Timur Tengah atau Asia Barat.

Dan 9 Julai ini adalah tarikh penentu kepada gejala itu. Dunia menantinya dengan penuh debaran. Media seluruh dunia sudah tentu memfokuskan perkembangannya nanti.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Ambiga Sreenevasan kerana berjaya memecah-belahkan orang Melayu di bumi Malaysia.

Apapun yang akan berlaku pada 9 Julai nanti, pokok pangkalnya terletak kepada kebijaksanaan pemimpin negara, terutamanya Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara serta ketenteraman awam.

Gendang telah dipalu. Sorakan telah bergema sahut-bersahutan. Melayu sama Melayu sedang bertekak dan bertelagah kerana Bersih 2. Kaum imigran yang bercita-cita merampas kuasa pemerintahan Malaysia sedang bertepuk tangan menanti peluang.

Hakikatnya, tarikh 9 Julai adalah tarikh celaka yang sangat dinantikan ramai orang dan banyak pihak....

Mampukah pemerintah mententeramkan keadaan?
- YopMan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog