Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 20 Jun 2011

Jangan jadikan SPR sebagai kambing hitam: Abdul Aziz

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR bersedia mengadakan pertemuan dengan kumpulan itu dengan syarat perhimpunan haram itu tidak diadakan.


"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Abdul Aziz berkata, jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.

"Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.

"Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama," katanya.

Pengerusi SPR itu menjelaskan pihaknya mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasandan dan ahli-ahlinya pada penghujung tahun lalu dan mereka menerima dengan baik penjelasan SPR berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan.

Katanya, lapan perkara itu juga telah diperjelaskan oleh beliau di media sebelum ini yang antaranya memerlukan pindaan undang-undang dilakukan terlebih dahulu.

"Mereka (BERSIH) mahu berjumpa saya sekali lagi pada Mac atau April lalu, tapi pada masa itu, kita (SPR) sibuk dengan beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

"Jadi, saya kata tak boleh kerana saya sibuk sangat, dan mencadangkan mungkin lain kali. Lepas itu, senyap dan tiba-tiba dengar nak buat perhimpunan," katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau berpendapat kumpulan itu mempunyai agenda lain dan bukan hanya membabitkan isu ketelusan SPR.

"Saya fikir kumpulan ini bukan bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan yang sepatutnya, saya fikir kumpulan itu telah dipengaruhi oleh parti politik (tertentu).

"Mereka tidak lagi berkecuali, tidak lagi bebas, ia dipengaruhi oleh sesuatu kumpulan, tanpa sokongan kumpulan-kumpulan itu, Bersih tidak ada apa-apa," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Rakyat mana yang menyokong musuh Islam ini?
Kalau tak ada anak Melayu yang menyertai perhimpunan Bersih, apa ada pada Ambiga. Dan anak Melayu itu pulak, kalau tidak ada sokongan Pas dan PKR, mana ahli atau rakyat yang sokong Ambiga? Rakyat mana yang kenal dan sokong perjuangan Ambiga kalau bukan Melayu baghal dari Pas dan PKR yang politik mereka kini berada dalam keadaan terdesak?

Kesimpulannya, tak usahlah berdalih atau temberang bahawa Bersih 2 adalah gerakan NGO atas kehendak rakyat. Itu semua hanyalah alasan.

Tujuan sebenar ialah supaya dengan perhimpunan itu nanti negara akan jadi huru-hara dan kalau boleh biar berlaku rusuhan yang menyebabkan negara berada dalam keadaan darurat dan perbicaraan Kes Liwat II Anwar Ibrahim pun tertangguh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog