Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 22 Jun 2011

Pemuda UMNO jerrr... Pemuda MCA, MIC dan Gerakan mana? – Ibrahim Ali

“TAPI soalnya kenapa hanya Pemuda UMNO? Mana Pemuda MCA, MIC dan Gerakan.”

Demikian antara luahan kata-kata Ibrahim Ali, Presiden Perkasa dalam satu kenyataan balas mengenai gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar polis menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan.

Katanya, “"Pasal Khairy ini, kita tahu hubungan mesra dia dengan Malaysian Insider. Anehnya Pemuda UMNO juga hendak berhimpun walaupun tiada permit pada 9 Julai ini. Kalau Khairy tuduh saya langgar undang-undang, dia pun sama.

Ini kerana jelas Ibrahim, gesaan tersebut dibuat hanya berpandukan laporan tidak tepat portal propembangkang, The Malaysian Insider tanpa meneliti kenyataan yang dibuatnya semasa sidang akhbar ketika pelancaran Gerak Aman kelmarin.

Katanya, beliau sedikit pun tidak hairan dengan gesaan tersebut terutama jika ia keluar daripada mulut pemimpin DAP itu kerana beliau cukup mengenali siapa Kit Siang.

"Kit Siang ini tiada apa nak dihairankan. Saya ibaratkan dia seperti 'lembu tua' (liat), kalau direbus pun tidak akan lembut lagi.

Semalam Khairy menggesa polis mengambil tindakan ke atas Ibrahim kerana menyifatkan kenyataan Presiden Perkasa itu semasa perasmian Gerak Aman sebagai sangat berbahaya, selari dengan gesaan Kit Siang.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, Khairy berlagak seperti Ketua Polis Negara apabila memberi 'arahan' supaya beliau disiasat hanya kerana ketegasannya mahu mempertahankan keamanan negara pada 9 Julai ini.

Demikian kisah dua pemimpin Melayu bertekak dan bertengkar di media kerana perhimpunan Bersih 2. Perkasa dan Pemuda Umno saling tuduh-menuduh sesama sendiri, walhal kononnya apa yang akan dilakukan pada 9 Julai nanti adalah demi meruah Melayu dan keamanan negara serta ketenteraman awam.

Apabila chauvanis Cina DAP cuit sikit, maka menarilah dua pemimpin puak Melayu yang tak sebulu serta ada agenda masing-masing itu.

Belumpun tiba tarikh yang mereka akan buktikan kewiraan masing-masing dah berbalah sesama sendiri. Patutlah bangsa Melayu mudah dipermain, diperalat dan diperkotak-katikkan oleh kaum imigran yang bercita-cita merampas kepimpinan negara ini daripada tangan orang Melayu dan Raja-raja Melayu.

Kononnya masing-masing nak menentang Bersih 2, tapi belum apa-apa lagi sesama sendiri dah bertekak. Macam mana nanti agaknya pada 9 Julai nanti. Apakah Bersih 2 berhimpun dan berarak sesuka hati mereka dengan jayanya sementara Perkasa dan Pemuda UMNO bertempur sesama Melayu?

Patutlah Ambiga berkeras mahu meneruskan apa yang dirancangkannya. Dia benar-benar faham sikap dan perangai ‘bodoh sombong’ orang Melayu dalam berpolitik. Dia juga tahu bantahan dan sorak-sorai Melayu tak sampai  ke mana.
- Sumber: UtusanOnline

1 ulasan:

ajai62 berkata...

Assalam bro

Pemuda MCA dan MIC serta Gerakan tak bodoh macam Ketua Pemuda UMNO... tu pasal macam orang gila menyalahkan orang melayu yang sokong PERKASA... MCA, MIC dan Gerakan memang penakut... Dalam senyap mereka menyokong puak pembangkang... sebab tu suara2 sumbang mereka pun dah macam suara pembangkang...

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog