AKHIRNYA Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Demokrat, Anthony Weiner meletak jawatan ekoran skandal dengan beberapa wanita di Internet terbongkar. Awang cukup tertarik dengan kisah Weiner, 46. Ketika beliau mengumumkan peletakan jawatan pada satu majlis, orang ramai yang menyaksikannya bersorak gembira. Ada yang melaungkan ‘Selamat Tinggal Si Pelaku Sumbang’ dan ada yang menunjukkan isyarat lucah.
Cubaan Weiner untuk terus mempertahankan jawatannya gagal. Semua pihak tanpa mengira aliran parti politik, agama, etnik di AS, tidak mengambil pendirian untuk mempertahankannya. Presiden AS, Barrack Obama yang juga daripada Demokrat, awal-awal lagi memberikan mesej yang jelas. ‘‘Jika saya beliau (Weiner), saya akan meletakkan jawatan,’’ tegasnya.
Tiada kompromi ke atas ahli kongres itu setelah perbuatannya berbalas e-mel lucah kepada beberapa wanita, terdedah. Beliau juga dikesan menghantar gambar hanya berseluar dalam kepada seorang wanita menerusi Internet.
Pada mulanya, Weiner menafikan dia melakukan perbuatan tersebut tetapi akhirnya membuat pengakuan setelah media dapat memberikan bukti kukuh. Beliau terus dibidas kerana berbohong lebih seminggu ketika mempertahankan dirinya. Khamis lalu, Weiner meminta maaf atas kelakuannya yang memalukan. ‘‘Disebabkan perlakuan sendiri, saya terpaksa meletakkan jawatan,’’ katanya.
Kisah Weiner merupakan satu lagi renungan buat kita semua. Sudah banyak tokoh dan selebriti dunia berundur selepas skandal mereka terdedah. Pada Awang, salah laku beliau tidaklah seburuk mana berbanding dengan skandal melibatkan seorang pemimpin pembangkang di Malaysia.
Namun masyarakat AS menolaknya atas nama kebenaran dan integriti.
Awang percaya jika Weiner seorang pemimpin pembangkang di Malaysia, keadaan berbeza. Sekiranya beliau terlibat skandal seks dan asyik menafikannya, kemungkinan besar beliau akan terselamat. Bagi pembangkang Malaysia, bukti saintifik dinafikan dan yang kotor boleh menjadi bersih. Di negara lain tidak berlaku. Malaysia boleh.
- Mingguan Malaysia
SATU MELAYU:
Hanya ingin pinjam kata-kata Nabil Raja Lawak, “Lu pikirlah sendiri....!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan