Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 20 Jun 2011

Lakonan terbaru Anwar-Ambiga: Bersih Tolak Cadangan Anwar, Perhimpunan Diteruskan....

Berlakon buat baik, konon tak terlibat....
DRAMA swasta perhimpunan Bersih 2 memasuki episod baru apabila Anwar ibrahim selaku Perdana Menteri yang belum dinobat cuba menunjukkan kuasa kononnya dia boleh mengawal Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), serta Pengerusinya Ambiga Sreenevasan.

Anwar kata dia boleh arah batalkan perhimpunan pada 9 Julai ini dibatalkan jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bahawa pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil. Kira nak cover line konon Anwar tak terlibat ler tu....

Bagaimanapun, untuk menruskan drama puak pengkhianat negara itu, bekas Presiden Majlis Peguam itu menegaskan perhimpunan berkenaan akan diteruskan seperti yang dirancang.

"Keputusan (membatalkannya) bukan di tangan kamu (Ketua Pembangkang), tetapi ia ditangan kami," katanya sewaktu berucap merasmikan pelancaran perhimpunan Bersih di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur malam Ahad, sebagaimana laporan Malaysiakini.

Lakonan itu membayangkan bahawa Anwar tak terlibat dan cuba menawarkan diri untuk jadi pendamai.

Rasanya, sebahagian besar rakyat Malaysia dah tahu siapa Anwar Ibrahim. Ini semua kelentong dan temberang untuk membetulkan diri setelah sekian banyak bantahan oleh pelbagai pihak mengenai niat dan tujuan Bersih 2 diadakan.

Tiga lokasi yang ditetapkan oleh gabungan itu adalah pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Melayu Pas bertuankan makhluk perosak
Beberapa jam sebelum pelancaran itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan lebih 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gabungan di bawahnya turut melancarkan perhimpunan Gerak Aman pada tarikh yang sama.

"Perhimpunan ini bukan untuk saya, ia adalah untuk kamu, untuk rakyat. Ia tentang rakyat Malaysia," katanya.

Amiga juga menegaskan bahawa masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut, dan bukannya diketuai oleh parti politik seperti mana dilaporkan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berjanji akan mengerahkan 100,000 anggotanya menyertai perhimpunan tersebut.

"Saya mewakili kepimpinan PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi memberi sokongan 100 peratus terhadap perhimpunan Bersih," katanya.

Drama yang cuba dipentaskan Anwar konon dia tidak terlibat dan jika diteruskan bukannya atas kehendak atau kerana dirinya. Poorahhhhh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog