Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 14 Jun 2011

Isu Tanah Untuk Veteran: Apa ‘Nizar Lambai’ buat ketika dia jadi MB?

MENTERI Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas dakwaan Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan isu pemberian tanah kepada anggota veteran pada sidang Dewan Rakyat, Selasa.

Ahmad Zahid berkata cadangan pemberian tanah sebanyak 20 ekar kepada setiap pesara tentera sebenarnya tidak masuk akal dan mustahil dilakukan kerana masalah kekurangan tanah.

"Saya juga ada tanya dia, kenapa isu pemberian tanah itu baru sekarang mahu dibangkitkan. Kenapa tidak dulu, iaitu semasa dia menjadi Menteri Besar.

"Beliau sempat menjadi MB (Perak) selama 11 bulan... apa beliau buat untuk pesara tentera? Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) pernah memohon tanah kepada beliau, tapi beliau memberitahu tidak mepunyai kuasa dalam perkara itu kerana beliau sebenarnya dikawal oleh ramai Exco DAP di negeri itu (ketika itu)," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan, Selasa.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa hal ehwal berkenaan dengan permohonan tanah merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.

"Kementerian sentiasa menyokong semua permohonan tanah untuk anggota tentera... kami (kementerian) juga mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Angkatan Tentera, bagaimanapun kami kena faham kuasa mutlak adalah kuasa kerajaan negeri," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno dalam pada itu berkata hakikat harus diterima bahawa tanah semakin berkurangan dan tentunya ada program-program yang harus diberikan kepada veteran selain daripada tanah.

Pada sidang Dewan Rakyat pagi tadi, Nizar mempersoalkan nasib yang sedang dihadapi oleh para veteran di mana beliau telah merujuk kepada mesyuarat yang dibuat oleh Majlis Angkatan Tentera, serta mencadangkan agar veteran diberikan keutamaan dengan sokongan Kementerian Pertahanan untuk memperoleh sekurang-kurangnya 20 ekar bagi setiap yang memohon.
- Bernama

SATU MELAYU:
Kenapa Nizar Lambai tak minta sahaja kerajaan Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang bagi tanah seluas 20 ekar tu? Kenapa salahkan Kementerian Pertahanan? Bangang punya Ahli Parlimen, dia tak tahu ke bahawa urusan pemberian tanah adalah hak mutlak kerajaan negeri?

Kalau dah hidup bergelumang dengan politik chauvanis Cina DAP, otak pun jadi biul dan terlompat, terlambai serta tersengeh-sengeh macam ‘kera kena belacan’.

Kalau dah orang Pas pun tak suka dengan gelagat dan perangainya hingga dapat nombor corot dalam pemilihan Naib Presiden Pas baru-baru ini, cukup membuktikan bahawa Nizar Lambai tu dah tak laku kerana dah jadi lembu dicucuk hidung oleh DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog