Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 15 Jun 2011

Mat Sabu dengan ‘Bersih 2’: Itukah jenis ‘kebajikan’ untuk rakyat dan ahli Pas? Kebajikan untuk rakyat atau untuk DAP?

SETELAH Hadi Awang tukar perjuangan Pas daripada ‘Islam kepada Kebajikan’, maka Mat Sabu pun menang jawatan nombor dua dalam parti itu.

Bila Hadi Awang tukar perjuangan Pas daripada ‘Islam kepada Kebajikan’, maka golongan ulama dalam Pas pun berpecah.

Bila golongan ulama dalam Pas berpecah, maka senanglah Mat Sabu menang, walaupun kemenangannya sekadar mendapat sokongan 35% undi perwakilan.

Demikian kedudukan kebangkitan sebenar kejayaan politik Mat Sabu dalam Pas masa kini, setelah agak lama tersisih akibat kes khalwatnya di Kota Baharu dulu.

Kemenangan Mat Sabu itu menimbulkan perlabagai komen negatif terhadap kepimpinan Pas. Selain isu gugurnya perjuangan Islam Pas, isu kemenangan Mat Sabu juga tidak kurang hebatnya diperkata dan dipersoalkan oleh masyarakat umum yang mengikuti perkembangan politik umat Melayu/Islam di negara bernama Malaysia ini.

Macam-macam kisah silam Mat Sabu yang tidak menyenangkan didedah semula. Walaupun yang dedahkan semua itu adalah golongan yang tak puas hati dengan beliau dalam ‘Pakatan Haramjadah’, yang menjadi mangsa tuduhan ialah Umno.

Senario ini menunjukkan betapa rosaknya pemikiran politik orang Melayu Malaysia masa kini. Kebanyakan mereka yang pro-pembangkang jadi ‘tersumbat’ saluran darah di otaknya hingga terlupa atau tidak lagi mampu memikirkan nasib masa depan bangsa Melayu di tanah airnya sendiri.

Golongan ‘sontot fikiran’ ini bagaikan sedang membakar rumah sendiri kerana marahkan pepijat, nyamuk, lalat dan langau. Sedangkan sebab musabab kenapa serangga pembawa penyakit itu terlalu banyak di rumahnya tidak diambil tahu atau tidak mahu difikirkan. Mereka tidak sedar kerana persekitaran rumah mereka yang semak dan kotor menjadi penyebab terdapatnya banyak pepijat, nyamuk dan lalat serta langau.

Serangan politik terhadap Pas masa kini sangat merunsingkan para penyokong dan ahli yang masih setia dengan Pas. Mereka bersungut dan merungut dengan perubahan dasar perjuangan yang dilakukan secara mendadak dan mengejutkan itu.

Justeru, Mat Sabu selaku ‘hero baru’ dalam kepimpinan Pas terpaksa membuktikan dirinya benar-benar ada umph... dan mampu membersihkan kecemaran teruk yang menimpa Pas masa kini gara-gara termakan umpan beracum DAP yang ‘ngeri’ dan ‘kecut’ dengan istilah ‘perjuangan Islam’ atau ‘Negara Islam’.

Oleh kerana Mat Sabu bukannya seorang tokoh ulama atau seorang profesional Melayu, dia terpaksa melakukan apa yang termampu sesuai dengan kebolehan yang ada pada dirinya.

Apa kebolehan dan kehebatan Mat Sabu?

Ya! Dia hanya tahu berceramah dengan memaki hamun siapa sahaja yang dia suka dan menyeru penyokong supaya bangun mengadakan tunjuk perasaan, selain berkebolehan merampas isteri sesiapa yang diingininya, waima isteri seorang sahabat.

Peluang dan ruang yang terlintas dibenak Mat Sabu selepas menjawat jawatan Timbalan Presiden Pas ialah mengenai tunjuk perasaan haram yang dirancang oleh ‘Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2)’.

Tunjuk perasaan besar-besaran yang dijadual pada 9 Julai nanti dijadikan modal politik oleh Mat Sabu sebagai bukti ketokohannya dalam kepimpinan Pas yang berjuang dengan slogan baru – Negara Kebajikan.

Itulah jenis kebajikan yang termampu ditunjukkan oleh Mat Sabu dan barisan pimpinan terbaru Pas dalam merealisasikan hasrat dan cita-cita parti kedua terbesar orang Melayu itu menumbangkan Umno/BN serta meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Maka berserulah Mat Sabu kepada penyokong dan ahli Pas supaya beramai-ramai menyertai perhimpunan jalanan yang menganggu ketenteraman rakyat dan negara Malaysia itu.

Lebai taik cicak?
Apa pentingnya perhimpunan itu kepada ahli-ahli Pas? Apa untungnya kepada Pas kalau akibat daripada perhimpunan itu nanti menyebabkan negara berada dalam keadaan darurat?

Yang pasti, Mat Sabu mahu mengheret penyokong Pas ke dalam kancah permainan politik peribadi beliau. Selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas, ramai yang yakin kemenangan beliau telah diatur oleh beberapa pihak yang mahu mempergunakan Pas bagi memecah-belah perpaduan orang Melayu.

Mat Sabu sebenarnya mahu menutup isu kemenangan beliau dengan membuktikan bahawa beliau mempunyai pengaruh besar di dalam Pas. Beliau hanya mempunyai kemahiran untuk mensensasikan isu dan perhimpunan haram ini dilihat sebagai peluang terbaik untuk beliau mengeksploitasinya.

Itulah rahmat yang bakal diberikan Mat Sabu kepada golongan yang menyokong meletakkannya di kerusi nombor dua pimpinan Pas pusat.

Yang jelas, perhimpunan yang bakal dianjurkan oleh ‘pengkhianat negara’ dari puak bukan Melayu itu akan menggunakan anak Melayu bagi meruntuh dan memburukkan imej negara ini di mata dunia. Dan jaguh utama yang menyeru orang Melayu supaya menyertai perhimpunan haram itu ialah Mat Sabu.

Kalau sejarah negara bangsa di dunia ini pernah mencatatkan bagaimana sesebuah negara bangsa itu runtuh kerana terdapat pengkhianat di kalangan bangsa itu sendiri, maka dalam konteks bangsa Melayu di Malaysia masakini, pengkhianat bangsa sendiri itu ialah Mat Sabu.

Malang bagi Malaysia, setelah negara jadi haru-biru kerana pengkhianatan Anwar bin Ibrahim, kini keadaan menjadi bertambah teruk apabila Mat Sabu yang dinobatkan menjadi pemimpin nombor dua Pas itu pula mahu memberikan khidmatnya menjahanamkan satu-satunya negara bangsa Melayu.

Bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa yang mengangkat Mat Sabu dalam Pas adalah Anwar dan pemimpin DAP. Mereka melihat bahawa huru-hara negara yang dicetuskan Anwar tidak cukup berkesan. Anwar gagal. Kes liwat II Anwar memungkinkan ‘pengkhianat negara nombor satu’ itu akan merengkok dalam penjara.

Justeru, apabila Anwar berada di penjara nanti, siapa anak Melayu yang mampu menyambung rancangan menghuru-harakan negara nanti. Kalau dulu Anwar dan PKR ada Ezam Mohd Nor, sekarang tak ada siapa yang boleh diharap. Si jambu Azmin tak mampu...

Pilihan yang ada pada mereka hanyalah Mat Sabu. Mahu tak mahu, Mat Sabu terpaksa diletakkan ditempat yang sesuai bagi meneruskan usaha memecah-belahkan perpaduan orang Melayu. Dan tempat yang paling sesuai ialah menjadi Timbalan Presiden Pas. Dah berjaya pun....

Walaupun Mat Sabu adalah manusia pertama yang mencipta istilah ‘Anwar al-Juburi’ lima belas tahun lalu, tetapi demi meneruskan hasrat menghuru-harakan negara setelah terkurugnya Anwar Ibrahim nanti, maka Mat Sabu terpaksa dibawa masuk ke dalam kelompok ‘pengkhianat negara’ tajaan chauvanis Cina DAP.

Itulah kebajikan sebenar yang bakal diterajui Pas melalui Mat Sabu....
Wallahhualam....
- YopMan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog