Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 17 Jun 2011

Karikatur ‘Kekeliruan Kes Rogol’: Miki dan Utusan tidak hina Islam, tapi hina ulama jahil yang permainkan hukum Islam.... Pas marahhhhh?

WAH! Bukan main hebat dan gah lagi Dewan Pemuda Pas menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia berhubung penyiaran karikatur yang dianggap menghina Islam. Ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi yang mengetuai delegasi tersebut tiba pada pukul 9.35 pagi di perkarangan ibu pejabat Utusan Malaysia.

Ketika ditemui pemberita selepas menghantar memorandum bantahan tersebut, Nasruddin berkata penyiaran karikatur itu telah mempersendakan hukum Islam kerana menyamakan jenayah rogol dan zina.

“Kita beri mereka tempoh tujuh hari. Jika tidak memohon maaf, dan tidak mengambil tindakan selayaknya, kita akan meneruskan siri bantahan.

“Kita akan membuat himpunan lebih besar untuk menarik perhatian umum, bahawa kita tidak bersetuju dengan karikatur ini... Jangan perkecilkan perkara ini. Ini sentimen agama,” katanya kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin pada Jumaat.

Begitulah hebatnya pemuda Pas mempertahankan agama Islam setelah parti mereka sendiri tidak lagi mahu menggunakan slogan Islam sebagai dasar perjuangan kerana memberi muka kepada tuntutan Cina DAP.

Setelah Pas bertubi-tubi dihentam kerana mencampakkan perjuangan Islam, inilah peluang terbaik untuk sayap Pas menegakkan benang basah sebagai memberi nafas kepada Hadi Awang yang semput kerana dengan bangganya mengumumkan partinya tidak lagi mahu menggunakan slogan negara Islam atau berjuang demi agama Islam.

Kebetulan pada Rabu lalu akhbar Utusan Malaysia menyiarkan karikatur bertajuk ‘Kekeliruan Kes Rogol’ karya Miki.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh 'tok penghulu' yang berserban dan berjubah kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Pada pendapat SM, kartunis Miki melakarkan karikatur itu setelah beliau menonton klip video ucapan Ustaz Kazim Alias yang tersiar di banyak blog beberapa hari sebelum itu, seperti yang masih terdapat di bahagian atas blog ini.

Dalam video itu Ustaz Kazim ada menganalogikan bagaimana seorang isteri telah dirogol ketika suaminya tiada di rumah. Apabila suaminya balik, si isteri mengadu dia kena rogol. Tapi kerana suaminya seorang yang jahil tentang hukum Islam, dia tak dapat berbuat apa kerana ‘tidak ada empat orang saksi’ yang melihat ketika isterinya dirogol.

Ceramah Ustaz Kazim itu adalah bermaksud bagaimana ramai orang Melayu/Islam yang jahil tentang hukum Islam mengenai zina dan rogol.

Ustaz Kazim Alias
Kisah yang dianalogikan Ustaz Kazim itu menggambar bagaimana terdapat tok guru dan orang berjawatan dalam masyarakat yang keliru dengan hukum Islam mengenai zina dan rogol gara-gara terdapat di kalangan pemimpin politik mempermainkan hukum sebenar Islam mengenainya.

Mengenai karikatur Miki itu, SM yakin dia mendapat ilham daripada video ceramah Ustaz Kazim berkenaan dengan tujuan memaparkan bagaimana seorang tok penghulu yang berserban – melambangkan watak orang berilmu agama, jahil tentang hukum Islam.

Miki mungkin mahu membezakan antara seorang yang berperwatakan ilmuan Islam lebih jahil daripada seorang anggota polis yang tahu hukum sebenar Islam mengenai kes zina dan rogol.

SM tak nampak karikatur itu menghina Islam. Ianya memaparkan bagaimana seorang yang perperwatakan alim tetapi tak tahu ajaran dan hukum sebenar Islam mengenai kes zina dan rogol. Itu saja. Dan fenomina ini sedang berlaku dalam masyarakat Melayu/Islam sejak timbulnya kes liwat II Anwar Ibrahim dan isu video seks yang didakwa Datuk Eskay pelakunya adalah Anwar Ibrahim.

Pemimpin politik yang berstatus ulama telah memutar-belitkan hukum Islam mengenai zina, rogol dan liwat kerana sifat asabiyah mereka dalam mempertahankan politik ‘pakatan haram jadah’.

Putar-belit dan pembohongan inilah yang dibetulkan oleh Ustaz Kazim dalam ceramahnya mengenai hukum Islam tentang zina dan rogol sebagaimana yang terjual CDnya dan tersebar klip videonya di banyak blog sebelum Miki melakarkan karikatur berkenaan.

Kalaulah Miki dan Utusam Malaysia dilabel sebagai ‘menghina Islam’ oleh pemuda Pas, kenapa mereka tidak memprotes ceramah Ustaz Kazim yang seratus peratus maksudnya seperti yang dikarikaturkan Miki? Cuma yang berbeza ialah watak wanita yang kena rogol itu. Miki melakarkan seorang wanita atau gadis, sementara Ustaz Kazim menganalogikan dalam ceramahnya seorang isteri, sebagai celoteh yang membina.

Yang terhina dalam karikatur itu ialah manusia Melayu/Islam yang berperwatakan orang alim atau ulama yang tak tahu hukum atau mempermainkan hukum sebenar Islam mengenai rogol dan zina. Bukannya agama atau ajaran Islam itu sendiri.

Apakah kerana Utusan menjadi musuh utama ‘pakatan haram jadah’, maka bila tersiar karikatur itu, terpekik terlolonglah juak-juak Pas yang dah tak laku kerana meminggirkan perjuang Islam, mengambil kesempatan menunjukkan mereka masih mempertahan dan memperjuangkan Islam? Jadi modal politik Pas?

Sementara Ustaz Kazim yang pernah jadi ahli Pas dan berilmu dalam agama Islam tidak berani disentuh oleh ulama muda Pas, Nasruddin Tantawi?

Kalau berani cabar dan samanlah Ustaz Kazim Alias yang CD video ucapannya itu terjual lebih luas daripada akhbar Utusan Malaysia. Ada berani?....
- YopMan

1 ulasan:

awe berkata...

astagfirullahalazim...
usahlah mencela benda2 yang boleh menimbulkan kemarahan kaum sendiri...
mana yang baik itu la diambil...jadikan panduan. bukan yg hitam itu dipandang menawan...
anda membuat 'org lain' ketawa apabila membacanya...

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog