Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 14 Jun 2011

Jangan layan karenah nelayan ‘pengkhianat negara’ yang menyelewengkan subsidi....

NELAYAN telah difitrahkan razkinya melalui hasil tangkapan ikan atau hasil laut, bukannya melalui jualan minyak disel subsidi. Dan subsidi minyak yang diberikan kerajaan itu adalah sumbangan, kira macam ‘sedekah’, bukannya hak.

Tapi main dengan puak ‘jahanam’ yang tidak pernah mengiktiraf negara ini sebagai negaranya, sebaliknya hanya sebagai tempat mencari makan dan mengaut kekayaan melalui pelbagai kerja haram. Dan menjual minyak subsidi adalah salah satu kegiatan haram yang mengkhianati negara.

Justeru, langkah kerajaan membatalkan subsidi minyak kepada nelayan laut dalam adalah langkah munasabah mengawal aliran wang negara secara tidak jujur dan terseleweng daripada hasrat murni kerajaan membantu rakyat.

Langkah kerajaan memansuhkan pemberian subsidi super diesel kepada nelayan laut dalam adalah bagi mengimbangi kepentingan dan keadilan untuk nelayan pantai yang merupakan golongan yang wajar mendapat bantuan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata walaupun kerajaan telah memansuhkan subsidi super diesel kepada nelayan laut dalam, mereka masih menikmati pelbagai insentif dan galakan yang lebih baik berbanding nelayan pantai.

Antaranya termasuk kemudahan 34 kompleks pendaratan ikan bagi nelayan laut dalam yang bernilai RM3.4 bilion berbanding RM50 juta untuk 240 buah kompleks pendaratan ikan bagi nelayan pantai.

"Kemudian kuota minyak. Untuk nelayan laut dalam kita bagi 24,000 hingga 28,000 liter sebulan. Tapi nelayan pantai antara 2,000 hingga 15,000 liter sahaja sebulan.

"Kita tengok pula insentif yang kita bagi nelayan laut dalam, walaupun kita mansuhkan subsidi, kita tambah insentif pendaratan ikan dari RM0.10 per kg kepada RM0.20 per kg tapi bagi nelayan pantai masih kekal RM0.10 per kg. Sebab kita mahu galak nelayan laut dalam bawa balik ikan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Katanya nelayan laut dalam juga menikmati elaun sara hidup RM200 yang diberikan kepada setiap awak-awak yang bekerja di sesebuah vesel sama seperti nelayan pantai.

Noh berkata di sebalik pelbagai kemudahan dan insentif yang diberikan kepada nelayan laut dalam, mereka hanya menyumbangkan 20 peratus dari keseluruhan jumlah tangkapan berbanding nelayan pantai yang menyumbangkan sebanyak 80 peratus.

"Kemudahan cukup banyak, minyak dapat banyak, adakah ini adil bagi nelayan pantai yang bagi sumbangan lebih besar. Sebab itu, jika nelayan laut mahu dapat banyak bantuan dari kerajaan mereka perlu bawa balik ikan banyak," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga bersedia untuk berbincang dengan nelayan laut dalam mengenai isu pemansuhan subsidi super diesel yang mendapat bantahan sehingga menyebabkan mereka mogok sejak Sabtu lalu.

Katanya kerajaan boleh menimbang untuk menaikkan insentif lain kepada mereka dengan syarat mereka perlu membawa pulang lebih banyak ikan.

Selain itu Noh berkata dari 1,028 buah vesel nelayan laut dalam yang ada di seluruh negara, 279 telah meneruskan aktiviti menangkap ikan tanpa sebarang masalah walaupun tidak lagi menikmati subsidi super diesel.

Kalau mereka anggap negara ini tak bagus dan tak adil untuk mereka silalah cari negara lain yang boleh memberi kemewahan dan kemudahan ‘menyamun dan merompak’ wang rakyat yang disalurkan kerajaan atas dasar ‘rakyat didahulukan’.

Puak pengkhianat negara ini tidak harus dilayan sangat. Layan macam manapun mereka tetap tidak menyokong kerajaan kerana pada anggapan mereka kerajaan yang ada adalah milik orang Melayu. Mereka tetap akan menyokong DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog