Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 15 Jun 2011

Perhimpunan Bersih terus dibantah. KPN akan buat kenyataan....

Pencetus idea dan gerakan 'BERSIH' yang mendapat sokongan kuasa asing....
·  Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini mencetuskan kemarahan orang ramai apabila 350 laporan polis dibuat oleh NGO, parti politik, persatuan dan individu di seluruh negara sejak seminggu lalu sehingga semalam.

·  Rata-rata peniaga, pemandu teksi dan masyarakat kesal sekiranya perhimpunan itu tetap diteruskan dan berharap pihak berkuasa bertindak menghalangnya daripada berlaku.

·  Sementara itu peniaga, penjaja dan pemandu teksi dinasihat melantik peguam untuk menyaman Bersih bagi menuntut bayaran ganti rugi berikutan pendapatan terjejas semasa perhimpunan itu.

PERHIMPUNAN Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kali kedua yang dirancang pada 9 Julai ini mengundang rasa marah orang ramai apabila 350 laporan polis telah dibuat di seluruh negara sejak seminggu lalu sehingga setakat hari ini (Selasa).

Sumber berkata, kesemua laporan polis itu dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, persatuan dan individu.

Difahamkan, berikutan laporan polis yang terlalu banyak itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dijangka mengadakan sidang akhbar esok (Rabu) bagi memberi penjelasan.

"Pengadu-pengadu membuat laporan kerana tidak bersetuju dengan perhimpunan itu kerana ia akan hanya mengundang masalah," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Melihat trend itu, menurutnya lagi, jumlah laporan polis berkenaan dijangka akan berterusan sehingga tarikh perhimpunan tersebut.

Perhimpunan Bersih yang pernah diadakan pada 2007 itu dilakukan atas dasar politik dengan didalangi pemimpin politik pembangkang tertentu.

Dalam perhimpunan Bersih itu, sentimen membenci kerajaan yang dibawa penganjur telah menimbulkan kekecohan sehingga menjejaskan ekonomi, pelancongan dan cuti hari minggu warga kota.

Lantaran itu, pelbagai pihak tampil membuat laporan polis bagi menghalang perhimpunan berkenaan dilakukan untuk kali kedua.
- Utusan

SATU MELAYU:
Inilah ketua dan idola anda bila kalian sertai 'Bersih 2'....
Kepada umat Melayu/
Islam yang ada hasrat untuk menyertai perhim-
punan ini, fikirkanlah secara rasional dan yang paling penting ialah kesedaran bahawa kaum bukan Melayu mahu menggunakan orang Melayu itu sendiri sebagai perosak dan pencetus huru-hara yang mereka rancangkan.

Bersih apakah yang mereka mahukan kalau puak yang menyokong gerakan itu seperti PKR dan PAS sendiri tidak benar-benar bersih partinya dari segi pemilihan dan dasar perjuangan?

PKR sendiri kelam-kabut dan haru-biru ketika mengadakan pemilihan dalam parti. Sementara PAS pula telah tercemar perjuangan Islam yang dikendong selama ini kerana fitnah dan hasutan DAP?

Kepada Anwar Ibrahim, perhimpunan ‘Bersih 2’ itu diharapnya dapat membersihkan segala salahlaku moral yang terdedah kepada umum melalui mahkamah dan juga sebaran am. Sementara untuk PAS, gerakan bersih ini diharap dapat membersihkan segala keresahan ahli dan orang Islam yang ‘terkejut beruk’ dengan penukaran dasar parti daripada berjuang kerana Islam kepada sekadar memperjuangkan ‘kebajikan’.

Yang lebih hebat, gerakan ‘Bersih 2’ ini dirancang sedemikian rupa oleh puak yang mahu merampas kuasa bagi maksud membersihkan kekuasaan politik orang Melayu dan Raja-Raja Melayu di negara bertuah ini.

Justeru, kepada sekelian umat Melayu/Islam.... Insaf dan sedarlah akan hakikat jahanam yang bakal menimpa umat Melayu di negara sendiri kerana tersalah makan ubat pelali....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog