PENGARAH Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis bahawa beliau memberi tiga kenyataan bercanggah dalam dua rakaman percakapannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009 dan 7 Jun lepas atas desakan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.
Shamsuddin berkata desakan itu berlaku selepas beliau dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan, dan "saya menerima banyak desakan daripada Mohamad Khir untuk tidak melibatkan diri beliau."
"Kerap kali saya dijanjikan bahawa kes akan dikawal, iaitu tidak akan berlaku pendakwaan terhadap saya dan beliau. Saya yakin dan percaya saya datang ke SPRM sebagai saksi dan bila SPRM datang hendak hantar surat, rupa-rupanya mereka datang bawa surat pendakwaan.
"Pada hari orang SPRM datang bawa surat untuk saya didakwa di mahkamah pun, Mohamad Khir masih cakap jangan bimbang, kita boleh selesaikan perkara ini. Itu janji-janji beliau," katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed.
Shamsuddin memberi keterangan pada hari ketujuh perbicaraan kes terhadap Dr Mohamad Khir yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui Shamsuddin.
Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Jun melepaskan dan membebaskan Shamsuddin daripada tuduhan bersubahat dengan Dr Mohamad Khir berhubung tuduhan tersebut.
Semalam, Shamsuddin memberitahu mahkamah bahawa terdapat beberapa percanggahan dalam keterangannya yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kali pertama pada 2009 dan sehari selepas beliau dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat iaitu pada 7 Jun lepas.
Kepada soalan lain, Shamsuddin berkata beliau tidak memaklumkan laporan penilaian yang dibuat oleh penilai yang dilantiknya, Trans Asia Properties kepada Dr Mohamad Khir pada perjanjian jual beli pada 2007 atas sebab harga rumah yang ditawarkan masa itu adalah sama dengan penilaian rumah iaitu RM5.5 juta.
Shamsuddin berkata nilai itu hanya dimaklumkan kepadanya secara lisan oleh penilai harta berkenaan tetapi tidak mempunyai dokumen mengenai penilaian itu ketika urusan jual beli.
Terdahulu, peguam yang mewakili Dr Mohamad Khir, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata Shamsuddin gagal untuk mendedahkan fakta itu (laporan penilaian) kepada Dr Mohamad Khir, dan dengan itu menafikannya peluang yang saksama untuk mendapatkan harga yang lebih baik.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki bersambung Isnin depan. - Bernama
KEHEBATAN PEMIMPIN.
-
KETIKA dia menundukkan diri, bukan kerana tunduk kepada manusia.
Tetapi kerana tingginya penghormatan kepada insan sekecil-kecilnya.
Inilah lambang kepimp...
Petros-Petronas spat is far from resolve
-
Upon the demise of Allahyarham Tun Pehin Seri Taib Mahmud in February 2024,
open and frank conversation over Sarawak rights on its oil and gas under
Chi...
APA OPTION PALING BAIK YANG TSMY BOLEH PUTUSKAN?
-
Ketika termetrinya Piagam antara UMNO dan PAS, ramai yang menitis airmata.
Terharu dan gembira, bercampur baur perasaan. Berpuluh tahun bersengketa,
akhi...
Ada usaha mahu pecah belahkan UMNO: Annuar
-
SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan semua
ahli Parlimen UMNO dan Pas masih teguh bersama walaupun usaha untuk
memecahbelahkan...
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
-
SECANGKIR KOPI 37
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
Hampir seminggu berlalu Perhimpunanan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) melabuhkan
tirainya. Se...
Hendak Kerja, Sertai Armada
-
Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam
pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di
a...
Sariyah Jutawan Segera
-
Profile Fb Sariah
Sariah nama pengguna fb Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan
segera, kerana telah mendapat wang tunai dalam ringgit malaysia b...
Prostitution in Pakatan Harapan
-
Prior to General Election, this guy, a workers' union leader call for 14
million workforce in Malaysia to vote Pakatan Harapan.
It end up, he come out wit...
TUN SAKARAN DANDAI MEMBUAT KEJUTAN DI SEMPORNA
-
I was very shocked with a new video clip that has emerged attributed to
YABhg. Tun Sakaran Dandai, former Sabah Chief Minister and minister in the
feder...
SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH?
-
PPBM dan umumkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin akan mempertahankan kerusi
Parlimen Pagoh. Berbanding nama-nama besar lain dalam PAKATAN yang melompat
ke kerus...
AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017
-
Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai
iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima
rakyat ...
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO- SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI?
-
Perhmpunan Agung UMNO yang lepas ibarat gelanggang pak lawak, badut dan
pelakon. Penuh dengan toyol yang sedang menikmati harta samun. PAU ini juga
diguna ...
Dulu Sama Menyokong. Sekarang ?
-
Dulu ramai dari kalangan blogger proKerajaan yang menyokong agar Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan berikutan ada ura-ura kerajaan
pada masa ...
Lowongan Kerja CRRANTE Cosmetic Cab. Purwokerto
-
Lowongan kerja *CRRANTE* - *Lowongan kerja purwokerto* hari ini, merupakan
Perusahaan yang bergerak di bidang *cosmetic. CRRANTE cosmetic *atau *PT.
Lautan...
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
-
Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam
pilihan raya umum negara itu pada tahun ini.
Pekerja seks selama 30 tahun itu me...
KONSPIRASI PERTAHAN NAJIB
-
Tun Mahathir menulis lagi tentang konspirasi mempertahankan Najib tanpa
memikirkan buruk baiknya kepada rakyat dan negara. Aku sendiri pun pelik
dengan pe...
Tepu
-
Otak tepu. Masa lapang pun tepu.
Sibuk sampai tak sempat fikir tentang blog.
Dulu tak macam ni.
Mungkin ia kesan penuaan.
Nasib baik sedar diri dah tua.
Itup...
Pas lah, bukan DAP atau PKR yg teraju PR.
-
FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan
penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan
adalah Pa...
MANA UCAPAN TAKZIAH DAP ?????? !!!!!
-
PUAS MENCARI DI SELURUH ALAM MAYA. TAK ADA SATU PUN UCAPAN TAKZIAH DARI
PARTI RASISI DAP UNTUK KEMANGKATAN DYMM SULTAN AZLAN. TAK ADA. APA
MAKNANYA. MEREK...
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin
-
Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat
menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap
pembangkang sew...
JANGAN JADI AGEN YAHUDI...
-
* Wall Street and London’s hegemonic ambitions in Asia, centered around
installing proxy regimes across Southeast Asia and using the supranational
ASEAN b...
#SepetSunami di Lempang Ah Gor...
-
Najib Lempang Wartawan Cina?!
Seorang wartawan melayu bertanya "apa pendekatan nk digunakan untuk
mendapat balik sokongan orang cina?",
PM berkata "kita k...
Alert...Anwar seru rakyat untuk buat demo
-
Email ni aku dapat tadi,sila baca dan buktikan kesahihan nya PRESS
STATEMENT FOR RELEASE6 MAY 2013The recently concluded 13th General Election
was marred w...
SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
-
Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia
teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis
dibela...
Lagi demo NGO tak puas hati terhadap Karpal Singh
-
Kira-kira 80 ahli Perkasa cawangan Grik menyertai perhimpunan aman petang
semalam bagi membantah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa bukan
Melayu ...
Adam Adli Geli Gagal Lagi.....
-
Ceramah sampah yang hendak diadakan telah dibatalkan oleh penganjur.
Penganjur bimbang kerana telah mendapat sambutan terhangat dari golongan
"Hardcore" d...
Salam Maal Hijrah 1433H
-
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Helaian cebisan kenangan 1432 H sudah menjadi lipatan sejarah. Kini, 1433 H
tiba dengan kisah baru yang penuh m...
Belajar Menjadi Jujur..Adalah Satu Perjuangan
-
PRU 13 semakin hampir. Medan semakin panas dan pertempuran semakin sengit.
Di sebalik semangat juang yang tinggi dan berbekalkan strategi yang betul,
pa...
Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ?
-
*Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri
sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes
liwatnya dengan Sa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan