Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 16 Jun 2011

Perhimpunan Bersih: Bukti pembangkang tak mampu tumbangkan BN melalui pilihan raya...

PERHIMPUNAN Bersih yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini menunjukkan parti pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) melalui proses pilihan raya.

Malah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perhimpunan itu juga dilihat sebagai jalan singkat bagi Anwar yang sedang mengejar masa untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, Bersih adalah usaha kelam-kabut mengulangi perhimpunan Hindraf yang pada mereka membawa hasil sehingga berlaku tsunami politik 2008.

"Ia juga untuk menutup malu di atas kekalahan mereka semasa pilihan raya kecil, pilihan raya umum Sarawak baru-baru ini dan mengalih perhatian terhadap isu peribadinya.

"Perhimpunan itu juga ada muslihat lain iaitu mahu meneruskan perang polemik agar dapat memanjangkan jangka hayat politik Anwar dan mempermainkan sentimen rakyat. Dengan kata lain, momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan BN mesti dikekalkan," katanya dalam entri terbaru 'Anwar out of the race' di laman http://puadzarkashii.blogspot.com pada Rabu.

Tambah Mohd. Puad, ketika ini sokongan rakyat kepada BN khususnya UMNO semakin bertambah termasuk sokongan daripada pengundi muda. 

 "Bersih dijadikan alat untuk mengekalkan momentum panas, marah, keliru, benci dan tidak tenteram. Sebab itu, ia mahu diadakan di tengah kota dan di tempat yang sibuk," ujarnya.


Menurutnya, matlamat pembangkang berhubung penganjuran perhimpunan itu tidak akan tercapai kalau ia diadakan dalam stadium.

"Matlamat utama Bersih ialah supaya rakyat bangun seperti yang berlaku di beberapa buah negara Arab di mana rakyat memberontak di jalan-jalan raya. Maka, mudahlah kerajaan BN yang kembali mendapat sokongan rakyat ditumbangkan," ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Lagi-lagi kerana Anwar Ibrahim. Nampaknya, pemimpin dan rakyat negara ini terlalu banyak membuang masa dan fikiran kerana seorang manusia gila kuasa. Tidak cukup dengan meracuni fikiran politik mereka yang tak berapa cerdik, ketenteraman awam pula cuba diganggu-gugat supaya rakyat bencikan kerajaan.

Benarkah rakyat akan membenci kerajaan kerana perhimpunan Bersih?

Berdasarkan reaksi umum, rakyat bukannya bencikan kerajaan tetapi benci dengan perhimpunan yang dirancang mereka itu kerana kesedaran rakyat mengenai kes liwat dan video seks Anwar tidak memihak kepadanya.

Rakyat dah bosan dengan strategi jahanam yang cuba dilakukan oleh juak-juak Anwar dan kuasa asing. Rakyat faham dan sedar bahawa semua itu dilakukan sebagai langkah mengalih isu sebenar yang sedang menimpa pakatan haram jadah gara-gara salahlaku moral Anwar yang mahu diangkat jadi PM melalui PRU-13.

Kalau dah yakin sangat Anwar akan berjaya merampas Putrajaya melalui PRU akan datang apa perlunya perhimpunan Bersih yang jelas meresah dan menganggu kesejahteraan rakyat?

Janganlah kerana seorang ‘orang gila’ punya pasal, semua orang jadi gila....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog