Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 13 Jun 2011

Mahkamah Beri Malaysiakini Sehingga Jumaat Jawab Saman Ummi Hafilda

MAHKAMAH Tinggi memberikan Mkini Dotcom Sdn Bhd sehingga Jumaat ini bagi menjawab saman fitnah yang difailkan oleh ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali terhadap pengendali laman berita Malaysiakini itu dan seorang bekas rakan perniagaannya.

Hakim Datuk V T Singham berkata Mkini Dotcom mempunyai masa 14 hari bermula 3 Jun lepas bagi memfailkan pernyataan pembelaannya selepas ia memasukkan notis kehadiran pada 3 Jun lepas.

Hakim Singham kemudiannya menetapkan 1 Julai ini bagi pengurusan kes saman RM100 juta yang difailkan oleh Ummi Hafilda terhadap Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom.

Terdahulu peguam Zulhelmi Wagiman, yang mewakili Ummi Hafilda, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menghantar writ saman itu kepada Nor Azman di alamatnya di Sarawak tetapi ia telah dikembalikan, dan pada 9 Jun lepas pihaknya telah menghantar ke satu alamat lain di Petaling Jaya.

Hakim Singham berkata jika kedua-dua usaha itu gagal, Zulhelmi hendaklah membuat permohonan di mahkamah supaya saman itu boleh dibuat melalui penyampaian gantian (secara iklan atau saman ditampal di papan notis di Mahkamah).

Pada prosiding Isnin, peguam bagi Nor Azman dan Mkini Dotcom tidak hadir.

Pada 25 April lepas, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Nor Azman dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Nor Azman itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di laman web www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut ganti rugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.
- Bernama


1 ulasan:

Wake UP! berkata...

Elok sangat la Malaysiakini tu disaman. Mana boleh biarkan alat CIA berleluasa membuat fitnah?

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog