Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 16 Jun 2011

Facebook rakyat Malaysia kutuk Bersih: Nanti, yang kena bedal budak Melayu, Ambiga cabut lari....

SERAMAI 1,096 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang berterusan mengutuk penganjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dinaungi pembangkang.

Api kebencian itu disuarakan secara terbuka dalam laman sosial Facebook melalui kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Rakyat Malaysia Tentang Demonstrasi Bersih' yang mula dilancarkan 48 jam lalu.

Mereka menyifatkan demonstrasi haram itu sengaja dicetus demi kepentingan politik pembangkang kerana jika benar sistem pilihan raya negara kotor, mana mungkin pakatan menang besar pada 2008.

Pada masa yang sama, mereka juga menyelar pembangkang kerana sanggup menjerumus rakyat dan negara ini ke kancah huru-hara, semata-mata hanya gilakan kuasa.

"Bersih konon pirah (berambuslah) mabuk... mengotorkan bandar raya, mengotorkan nama baik negara, mengotorkan pembangkang yang sememangnya terlampau kotor," marah seorang lelaki yang hanya dikenali Anjang Jiman.

Setuju dengan pandangan tersebut, Faiz Hamzah berkata, dia sendiri tidak faham apa lagi sistem pilihan raya yang mahu dibersihkan pembangkang, sedangkan, pada 2008 pakatan tersebut menang lima negeri.

Tambahnya, kalau benar sistem pilihan raya negara yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kotor, pembangkang juga tidak mungkin berjaya menidakkan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN).

"Gua (aku) anti-Bersih ini bukan apa, menyusahkan orang, dari Bukit Raja sampai Serdang jammed (jalan sesak). Apasal (kenapa) tak buat tunjuk perasaan dalam hutan. Tak menyusahkan manusia," kata Faiz.

Turut berang dengan pembangkang ialah Eiryana Fiz, kerana beliau menyifatkan orang Melayu terutamanya penyokong Pas hanya diperalatkan oleh pihak tertentu supaya turun berdemonstrasi.

Menurutnya, orang Melayu tidak mendapat sebarang keuntungan daripada demonstrasi haram tersebut kerana, pihak di belakang tabir hanya menanti saat kaum majoriti itu berpecah sesama sendiri.

"Kalau tak percaya tengok nanti. (Datuk) Ambiga Sreenevasan dan bangsa lain awal-awal lagi sudah cabut lari bila polis bertindak, yang kena bedal (pukul) dengan polis nanti cuma budak Melayu," jelasnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Alhamdulillah.... ramai anak-anak muda kaum Melayu yang sedar dan faham untuk apa perhimpunan Bersih itu diadakan. Mereka yang waras fikirannya menolak huru-hara yang cuba dicetuskan dengan memperalat anak-anak Melayu.

Tapi bagaimana dengan mat-mat rempit dan kaki lepak yang tak kenal apa itu internet dan lain-lain sumber berita? Yang tak mahu tahu masalah negara melainkan untuk berseronok semata-mata? Kerana dapat bayaran beberapa puluh ringgit anak Melayu jenis inikah yang digunakan nanti?

Oleh kerana ramai rakyat yang membantah rancangan mengadakan perhimpunan itu, sama-sama kita nantikan tindakan profesional dan mengikut undang-undang yang bakal dilakukan oleh pihak berkuasa, sebagaimana yang dikatakan Menteri Dalam Negeri semalam.

Tungguuuuuuu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog